Portable Plasma Cutter Table

  • Rahmat Nor Mohd Sharif
  • Marlina Mohamad
  • Redza Izwan Abdul Rahman

Abstract

Pemotongan plasma merupakan satu proses yang memotong melalui bahan-bahan pengalir elektrik melalui suatu jet dipercepatkan oleh plasma panas. Bahan-bahan yang biasa dipotong oleh proses ini adalah keluli, aluminium, dan tembaga. Portable Plasma Cutter Table (PLACUTA) merupakan satu projek yang dilaksanakan bertujuan untuk membantu dalam menghasilkan pemotongan asas seperti lurus,melengkung dan bulat dengan menggunakan mesin pemotong plasma jenis Miller Spectrum 2050. Meja yang dihasilkan adalah berketinggian 1035mm, lebar 755mm dan panjang 1800mm yang mana menggunakan keluli karbon jenis berlubang dan bersudut serta plat besi. Jig dan landasan yang mempunyai ruang untuk meletakkan nozel yang mana jig tersebut boleh dilaraskan pada ukuran maksimum berdiameter 110mm dan minimum 25mm bagi bentuk bulat dan 500mm bagi pemotongan lurus. Bahan yang digunakan pada jig ialah plat rata, galas dan batang benang skru. Reka bentuk meja yang dilengkapi roda bagi memastikan ia mudah alih, mempunyai ruang untuk meletakkan barang dan juga mempunyai tempat untuk meletakkan mesin pemotong plasma jenis Miller Spectrum 2050. Idea tersebut diperolehi setelah melihat kerja-kerja pemotongan menggunakan mesin pemotong plasma secara kendalian tangan. Masalah yang dikenalpasti bagi  penggunaan mesin pemotong plasma secara konvensional adalah pengguna mestilah memiliki kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan pemotongan yang berkualiti. Bagi pengguna yang kurang berkemahiran pula,akan mengambil masa yang lama untuk melakukan pemotongan. Penggunaan Portable Plasma Cutter Table dapat membantu proses pemotongan yang menggunakan mesin pemotong plasma. Masa pemotongan juga dapat dikurangkan dan hasil kerja juga lebih kemas dan menepati saiz yang dikehendaki. Maklum balas oleh pelajar dan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,PSMZA,Terengganu, diperolehi dengan mengedarkan borang soal selidik. Didapati 76% pelajar dan 80% pensyarah sangat bersetuju terhadap ciri-ciri inovasi ini. Ini menunjukkan satu respon yang positif daripada pelajar dan pensyarah untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

References

1. Klas Weman, “Welding processes Handbook,”second edition,” 2012
2. Amaresh Banerjee, “Welding Science Metallurgy and Technology,”,pp. 140, 2009.
3. JE Hulings, RH Lang – "US Patent 6,320,153, ” 2001 - Google Patents
4. https://www.unitedwelding.co.uk/lincoln-torchmate-4800-4ft-x-8ft-cnc-plasma-cutting-table
5. https://www.scribd.com/document/330373628/Kelebihan-Plasma-Cutting
6. L. Tonks, (1976). “The birth of plasma” Ameer. J. Phys., vol. 35, pp. 857-858
7. Arifin, F., Agung Warsito dan Abdul Syakur. (2009). Perancangan Pembangkit
Tegangan Tinggi Impuls untuk Aplikasi Pengolahan
8. AA Akhmad - Jurnal Rekayasa Mesin Universitas Sriwijaya, 2009
9. Akbar, T., Santosa, B. (2015) Analisa Pengaruh dari Welding Sequence Terhadap Tegangan Sisa dan Deformasi Pada Circular Patch Weld Double Bevel Butt-Joint Plat ASTM A36Menggunakan Metode Element
10. S. Ramakrishnan,Plasma Generation For The Plasma Cutting Process, Ieee Transactions On Plasma Science ( Volume: 25, Issue: 5, Oct 1997)
Published
2021-03-01
How to Cite
MOHD SHARIF, Rahmat Nor; MOHAMAD, Marlina; ABDUL RAHMAN, Redza Izwan. Portable Plasma Cutter Table. International Journal of Advanced Research in Engineering Innovation, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 19-26, mar. 2021. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijarei/article/view/12443>. Date accessed: 14 sep. 2024.
Section
Articles