Atribut Individu yang Mempengaruhi Kejayaan Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita Orang Asli dalam Bidang Keusahawanan
Abstract
Masalah kewangan, keluarga, pengangkutan dan sokongan daripada komuniti sering menjadi halangan untuk golongan wanita sebagai Ketua Isi Rumah (KIR) keluar daripada belenggu kemiskinan. Namun begitu terdapat satu golongan Ketua Isi Rumah (KIR) wanita Orang Asli yang dapat menonjolkan kejayaan mereka melalui aktiviti keusahawanan yang mereka ceburi. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka atribut dalaman yang mempengaruhi kejayaan Ketua Isi Rumah (KIR) wanita orang asli dalam bidang keusahawanan. Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual, pemerhatian dan pengumpulan dokumen. Melalui kajian yang dilaksanakan dalam kalangan komuniti Mah Meri dan Semai menunjukkan bahawa perubahan minda, sikap dan tingkah laku menjadi atribut individu yang mempengaruhi kejayaan mereka dalam bidang keusahawanan. Produk anyaman dan persembahan kebudayaan mereka mendapat sambutan dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara. Mereka menjadi simbol kejayaan golongan wanita bagi masyarakat Orang Asli. Hasil kajian menjadi satu penanda aras yang dapat menjadi rujukan kepada perancangan pembangunan keupayaan golongan wanita Orang Asli.
References
KPWKM (2015). Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal 2015-2020. Diakses daripada https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/BUKU%20PELAN%20TINDAKAN%20PEMERKASAAN%20IBU%20TUNGGAL.pdf
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). (2022). Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB). Dicapai dari https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/285
Leach, D. M., Baer, L. A., & Yu, P. (2020). Linking Indigenous Communities with Regional Development. Organisation for Economic Cooperation and Development. The OECD Observer, 1-3.
Mitchell, H. (2022). The Success Factors of an Entrepreneur. Dicapai dari https://smallbusiness.chron.com/success-factors-entrepreneur-2289.html.
Rohayu, R. et al. (2013). Pendekatan Model Baru Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar bagi Tujuan Pembasmian Kemiskinan. Fundamental Research Grant Scheme, No. Vot 0767
Rohayu R., Yusmarwati Y., Marina I. M., Halizah A., Siti ‘Afiat J. dan Tun Ili Ayuni A. H.. (2020). Proses Pembangunan Keupayaan Keusahawanan Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita Orang Asli. Langkawi International Multi-Disciplinary Advanced Research 2020 (LICAR2020). 21-22 November, 2020. Bayview Hotel, LANGKAWI, Malaysia
Rohayu R., Yusmarwati Y., Marina I. M., Halizah A., dan Siti ‘Afiat J. (2021). Pembangunan Keupayaan Keusahawanan Ketua Isi Rumah (Kir) Wanita Orang Asli Dalam Menjana Pendapatan Keluarga. 3rd International Conference on Economy, Education, Engineering, Technology, Business and Social Science 2021. Kuala Lumpur, Malaysia.
Rohayu R., Yusmarwati Y., Marina I. M., Halizah A., dan Zurina, Y. (2022). Pendekatan Pro-Poor Tourism (PPT) dalam Mengatasi Masalah Kemiskinan Komuniti Orang Asli. Jurnal Dunia Pengurusan. v. 4, n. 4, p. 21-29, dec. 2022.
Roddin, R., Mohamed, M. Yusof, Y., Ibrahim Mukhtar, M., Awang, H. dan Ahmad Hariri, T.I.A. (2020). The Entrepreneurship Development Skill Model In Eradicating Poverty Among Single Mother As A Part Of Leadership Management For Future Work. 7 th World Conference on TVET, UTHM.
Sichande, M., Michelo, C., Halwindi, H., & Miller, J. (2014). Education attainment of head of households associated with insecticide-treated net utilization among five to nineteen-year old individuals: evidence from the malaria indicator survey 2010 in Zambia. Malaria journal, 13(1), 378.
Zakaria, S. M., Akhir, M. N., & Omar, F. I. (2018). Kesejahteraan Psikologi Ibu Tunggal: Cabaran Sebagai Ibu Tunggal dan Tekanan Hidup. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.