Latar Tirai ‘Bangsawan Dendam Laksamana’: Nafas Baharu Dalam Persembahan Teater Bangsawan
'Bangsawan Dendam Lakasamana' Backdrop: New Breath in Bangsawan Theater Performance
Abstract
Bangsawan is an art form that combines elements of acting, singing, music and dance. Bangsawan is believed to have been brought to Malaya around the 1870s and adapted from Persian puppet shows in India. The nobility experienced a period of fame in the 1890s and began to experience its downfall in the early 1940s. Bangsawan to this day is still trying to compete with modern theater performances especially in Kuala Lumpur. 'Bangsawan Dendam Laksamana' was staged on 10-13 November 2017 and 2-11 November 2018 at the Kuala Lumpur City Hall Auditorium (DBKL), directed by Pat Ibrahim and published by Pat Ibrahim Project Entertainment. This study looks at the transformation made in the conventions of Bangsawan performances, especially looking at the innovations featured in the curtain background in this traditional theater. The curtain setting is a major form of design in the conventions of Bangsawan theater performances. Bangsawan uses seven types of curtain backgrounds that are used for each scene in his performance. The curtain background is the background of the scene location painted on a canvas measuring 20 feet wide and 15 feet high according to the suitability of the stage and requires a high cost and a long period of time to prepare it. 'Bangsawan Dendam Laksamana' composed the use of curtains from hand-painted fabric to a digital backdrop from an LED screen display. Nevertheless, the retention of the painting image on the curtain background is still done and improved by using digital painting on the LED. This has a modernizing impact in Bangsawan theater. This study discusses the extent to which reforms are made to elevate Bangsawan in trying to compete with contemporary theater today in Malaysia.
Abstrak
Bangsawan merupakan satu bentuk kesenian yang menggabungkan elemen lakonan, nyanyian, muzik dan tarian. Bangsawan di percayai mula dibawa masuk ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870 an dan diadaptasi daripada persembahan Wayang Parsi di India. Bangsawan mengalami zaman kemasyhuran pada tahun 1890an dan mula mengalami zaman kejatuhannya pada awal tahun 1940an. Bangsawan sehingga hari ini masih cuba untuk bersaing dengan persembahan teater moden terutamanya di Kuala Lumpur. ‘Bangsawan Dendam Laksamana’ telah dipentaskan pada 10-13 November 2017 dan 2-11 November 2018 di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), arahan Pat Ibrahim terbitan oleh Pat Ibrahim Project Entertainment. Kajian ini melihat transformasi yang di buat dalam konvensi persembahan Bangsawan terutama melihat pembaharuan yang ditampilkan dalam latar tirai dalam teater tradisional ini. Latar tirai merupakan satu bentuk rekaan utama dalam konvensi persembahan teater Bangsawan. Bangsawan menggunakan tujuh jenis latar tirai yang digunapakai bagi setiap adegan dalam persembahannya. Latar tirai merupakan latar belakang gambaran lokasi babak yang dilukis pada kanvas yang berukuran 20 kaki lebar dan 15 kaki tinggi mengikut kesesuaian panggung dan memerlukan kos yang tinggi dan tempoh masa yang panjang dalam menyiapkannya. ‘Bangsawan Dendam Laksamana’ menggubah penggunaan tirai dari kain yang dilukis tangan kepada latar digital dari paparan skrin LED. Namun begitu, pengekalan imej lukisan pada latar tirai tetap dilakukan dan ditambah baik dengan menggunakan lukisan digital pada LED. Ini memberi impak modenisasi di dalam teater Bangsawan. Kajian ini membincangkan sejauh mana pembaharuan yang dibuat mengangkat Bangsawan dalam cuba berdaya saing dengan teater kontemporari hari ini di Malaysia.
The work described should not have been published before nor should it be under publication elsewhere (except in the form of an abstract or as part of a published lecture, or thesis). Authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher when the manuscript is accepted for publication.