Kerangka Konstruktif Perbandingan Untuk Jurugambar Kekurangan Penglihatan Warna Dalam Fotografi Digital

A Constructive Comparison Framework for Colour Vision Deficiency Photographer in Digital Photography

  • Muhammad Azri Abdul Rahman College of Creative Arts, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Alor Gajah Melaka, Malaysia
  • Nadzri Mohd Sharif College of Creative Arts, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Alor Gajah Melaka, Malaysia

Abstract

Color vision deficiency (CVD) is the most common inherited disorder, with 1 in 20 men and 1 in 200 women affected. This situation ultimately gives disadvantages to photographers in digital photography. Individuals who suffer from CVD are unable to relish art since they are confused with objects and their colors. As a necessary consequence, researchers developed a constructive framework to improve CVD photographer visions by incorporating techniques of HSx (Hue, Saturation, Brightness), Contour Adjustment, Interpretation Process into photography. The impact of CVD towards digital photography from the perspective of colour naturalness, consistency, and contrast gained by comparing the differences between normal and CVD artwork. Experiment method is applied, and sampling is purposely selected consists of photographers. The samples meet specific requirements with similar skills. Samples consist of 40 photographers (n=40), and the samples are divided into two groups of Control Group and Treat Group with 20 respondents (n=20). Control group samples are tested with the original image with full instructions while in the Treat group with a different approach of CVD images with limited instructions. Questions consist of Hue, Saturation, Brightness (HSx) Based Method, Contour Enhancement, and Interpretation Process. Research findings assumed; this constructive framework competent in guiding CVD photographers to achieve better colour perception in digital photography.


Abstrak
Kekurangan Penglihatan Warna (KPW) adalah keadaan genetik yang paling lazim, mempengaruhi satu daripada 20 lelaki dan satu daripada 200 perempuan. Jurugambar fotografi digital menerima impak yang besar akibat daripada kekurangan ini. Individu yang menghidap KPW tidak dapat menghayati karya seni kerana mereka mengalami kekeliruan terhadap warnanya. Hasilnya, penyelidik menjalankan kajian dalam mencipta kerangka kerja yang berkesan untuk lebih mengklasifikasikan keadaan penglihatan jurugambar KPW dengan menggunakan kaedah berasaskan RSk (Rona, Saturasi, Kecerahan), pelarasan kontor, dan proses interpretasi ke dalam fotografi. Kesan perbezaan karya fotografer normal dan KPW dan dilihat dari aspek keaslian warna, ketekalan warna dan kontras warna. Teknik kaedah yang diimplementasikan di dalam kajian ini adalah kaedah eksperimen di mana persampelan dipilih bertujuan oleh pengkaji. Sampel mematuhi syarat yang ditetapkan dan mempunyai teknik dan kemahiran yang sama. Terdapat 40 orang responden (n=40), dimana sampel kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan rawatan dengan 20 orang responden (n=20) untuk setiap kumpulan, dan mereka dinilai dengan soalan dan imej yang sama. Sampel kawalan diuji menggunakan gambar normal dan mempunyai arahan yang lengkap, manakala sampel rawatan diuji dengan gambar KPW dan kekurangan arahan. Antara soalan yang terdapat dalam soalan adalah kaedah berasaskan RSk (Rona, Saturasi, Kecerahan), peningkatan kontor dan proses tafsiran. Penemuan penyelidikan mampu membantu jurugambar KPW untuk mencapai persepsi warna yang lebih tepat.

Published
2023-05-07
How to Cite
ABDUL RAHMAN, Muhammad Azri; MOHD SHARIF, Nadzri. Kerangka Konstruktif Perbandingan Untuk Jurugambar Kekurangan Penglihatan Warna Dalam Fotografi Digital. INTERNATIONAL JOURNAL OF ART & DESIGN, [S.l.], v. 7, n. 1, p. 86-102, may 2023. ISSN 2710-5776. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijad/article/view/22371>. Date accessed: 02 oct. 2023.
Section
Articles