KEBERKESANAN PENGGUNAAN SISTEM BERASASKAN WEB DALAM PENGURUSAN DATA HEADCOUNT KE ARAH PENAMBAHBAIKAN PEMBELAJARAN MURID

  • Azhari Abdul Rashid
  • Hafizah Hashim
  • Cik Tom Awang
  • Mohd Shukri Abdullah
  • Abdullah Abdull Manaf
  • Jagathisvaran Selvanathan
  • Mohamad Zakaria Jayus

Abstract

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan sistem berasaskan web dalam pengurusan headcount sekolah-sekolah menengah dalam daerah Sik. Pejabat Pendidikan Daerah Sik (PPD Sik) selaku penggerak inisiatif Program Transformasi Daerah telah membangunkan satu sistem berasaskan web iaitu Tracking Trends Through TOV, Targets & Results (Sistem T5). Sistem pengurusan headcount secara bersepadu ini memberi fokus kepada data secara diskrit dalam melihat pencapaian dan perkembangan murid bagi membolehkan kitaran membuat keputusan dipacu oleh data. Reka bentuk kajian ini menggunakan dua bentuk pengumpulan data iaitu data kuantitatif dan kualitatif. Satu set soal selidik berskala Likert 1-5 digunakan dengan nilai kebolehpercayaan instrumen kajian α = 0.986. Soal selidik dilaksanakan melibatkan seramai 112 responden. Hasil soal selidik mendapati dengan purata penilaian yang tinggi bahawa responden setuju Sistem T5 dapat membantu guru membuat pengukuran dan penilaian secara terperinci dan menyeluruh untuk mengesan dan memperbaiki perkembangan potensi murid. Ujian-t berpasangan dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 25 bagi menilai keberkesanan intervensi terhadap prestasi murid dan data dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam skor Take Off Values (TOV) dan keputusan SPM mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Temu bual semi struktur dilaksanakan terhadap 5 orang setiausaha headcount menggunakan 4 soalan yang telah disediakan sebagai teknik triangulasi data untuk mengumpulkan maklumat tambahan. Selain itu, pencapaian Gred Purata Daerah (GPD) bagi PPD Sik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 iaitu 4.95 berbanding dengan Expected Targeted Result (ETR) iaitu 4.94 meningkat sebanyak 0.35 berbanding tahun 2021, membuktikan bahawa Sistem T5 memberi impak positif dalam pengurusan data headcount.


 


Kata Kunci: Headcount, Tracking Trends Through TOV, Targets & Results (Sistem T5), Sistem Berasaskan Web


 

Published
2023-10-12
How to Cite
ABDUL RASHID, Azhari et al. KEBERKESANAN PENGGUNAAN SISTEM BERASASKAN WEB DALAM PENGURUSAN DATA HEADCOUNT KE ARAH PENAMBAHBAIKAN PEMBELAJARAN MURID. ICELAM, [S.l.], v. 3, n. No 2-13, oct. 2023. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24358>. Date accessed: 15 june 2024.