KAJIAN PERANAN DAN PENENTUAN MATLAMAT PENDIDIKAN DALAM KALANGAN IBU BAPA MASYARAKAT BAJAU LAUT DI SEMPORNA, SABAH

  • Nur Nabila Zakaria
  • Rajunah Radin

Abstract

Abstrak: Kajian kes ini bertujuan meninjau peranan dan penentuan matlamat pendidikan dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak Bajau Laut. Kajian kes ini dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual terhadap ibu bapa daripada tiga keluarga kanak-kanak Bajau Laut yang terlibat dengan program ‘Community and Research Based Education IPG Kampus Tawau’ yang terletak di perairan Mabul Semporna, Sabah. Dapatan kajian menunjukkan peranan ibu bapa Bajau Laut untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak, galakan ibu bapa kepada anak-anak untuk ke sekolah dan matlamat ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak. Implikasi daripada dapatan kajian ini diharapkan mampu mengubah peranan ibu bapa kanak-kanak Bajau Laut dalam mempunyai aspirasi dan matlamat serta bersedia untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti pendidikan untuk anak-anak mereka.


 


Kata Kunci: Ibu Bapa Bajau Laut, Peranan, Penentuan Matlamat Pendidikan


 


Abstract: This case study aims to review the role and determination of educational goals among parents of Bajau Laut children. This case study was conducted using the method of observation and interviews with parents from three families of Bajau Laut children who were involved with the Community and Research Based Education program of IPG Campus Tawau located in the waters of Mabul Semporna, Sabah. The findings of the study show the role of Bajau Laut parents to improve their children's education, parents' encouragement for children to go to school and parents' goals for children's education. The implications of the findings of this study are expected to be able to change the role of parents of Bajau Laut children in having aspirations and goals and being ready to be involved with educational activities for their children.


 


Keywords: Bajau Laut Parents, Role, Determination of Educational Goals

Published
2023-10-12
How to Cite
ZAKARIA, Nur Nabila; RADIN, Rajunah. KAJIAN PERANAN DAN PENENTUAN MATLAMAT PENDIDIKAN DALAM KALANGAN IBU BAPA MASYARAKAT BAJAU LAUT DI SEMPORNA, SABAH. ICELAM, [S.l.], v. 3, n. No 2-13, oct. 2023. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24357>. Date accessed: 16 june 2024.