APLIKASI PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA DALAM MENINGKATKAN PENGETAHUAN KANAK-KANAK BAJAU LAUT, KOMUNITI TANPA NEGARA, SEMPORNA SABAH DALAM PENDIDIKAN ISLAM

  • Halimatus Saadiah Mat Saad
  • Nor Hafizah Ahmad

Abstract

Abstrak: Latar belakang pola petempatan etnik Bajau Laut yang tinggal di dalam perahu secara nomad, perbezaan bahasa pertuturan, komuniti tidak bernegara, budaya, kebolehcapaian pendakwah dan penerimaan terhadap orang asing telah dikenalpasti sebagai antara faktor yang memberi kesan terhadap pendidikan agama Islam kanak-kanak Bajau Laut, di Semporna Sabah. Kesan pendidikan Islam terhadap kanak-kanak Bajau Laut boleh dilihat dari ketidakbolehan mengetahui perkara-perkara asas Pendidikan Islam seperti ucapan dua kalimah syahadah dan maklumat asas Islam yang lain. Keadaan ini adalah membimbangkan kerana Islam adalah pegangan utama majoriti etnik Bajau Laut serta pengamalannya agak terhad kepada upacara perkahwinan dan pengebumian sahaja. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan Kanak-kanak Bajau Laut dalam asas Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah dan pergerakan solat. Kajian ini dijalankan dengan bersandarkan rekabentuk model Kemmis dan Mc Taggart (1998) mengandungi 4 langkah iaitu bermula dengan merefleks, merancang, bertindak dan memerhati. Kaedah pemerhatian digunakan untuk mengumpul data dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang kanak-kanak Bajau Laut yang terlibat dengan program Community and Research Based Education, IPG Kampus Tawau. Dapatan kajian menunjukkan Aplikasi Pedagogi Relevan Budaya dapat meningkatkan pengetahuan mereka terhadap topik syahadah (77%) dan pergerakan solat (93.75%). Kajian ini diharapkan mampu menyumbang kepada literatur kajian untuk pengkaji seterusnya demi kelangsungan pendidikan kanak-kanak etnik Bajau Laut khasnya serta kanak-kanak yang tidak pernah mendapat pendidikan formal amnya.


 


Kata kunci: Pedagogi Relevan Budaya, Pendidikan Islam, Kanak-Kanak Bajau laut.


 


Abstract: Children of the Bajau Laut ethnic gr oup in Semporna, Sabah, receive an impression of the Islamic religious education due to a variety of factors, including the ethnic group's background of settlement in a nomadic boat, differences in spoken language, a community without a state, culture, the ability of preachers, and acceptance of foreigners. The effect of Islamic education on the Bajau Laut children can be observed in their failure to understand fundamental concepts of Islam, such as how to recite the two words of the shahadah and other affirmations of Islamic values. Because Islam is the primary religion of the Bajau Laut ethnic group and because its practice is primarily restricted to marriage rites, the current scenario is concerning. Given that Islam serves as the primary code of conduct for the majority of the Bajau Laut ethnic group and that its practice is primarily restricted to  weddings and funerals, the current scenario is concerning. Therefore, the goal of this study is to strengthen the Bajau Laut Children's understanding of Islamic concepts, namely reciting the two lines of the shahadah and praying. Based on the Kemmis and McTaggart (1998) model design, which consists of 4 steps—starting with reflecting, planning, acting, and observing—this study was conducted. Observational methods were used to collect data and analyzed using descriptive statistics. Ten Bajau Laut kids who participated in the Community and Research Based Education programme at the IPG Tawau Campus were the subjects of this study. The study's findings demonstrate how culturally relevant pedagogy applications might help students learn more about the shahadah and various types of prayer gestures.


 


Keywords: Culturally Relevant Pedagogy, Islamic Education, Bajau Laut kids

Published
2023-10-12
How to Cite
MAT SAAD, Halimatus Saadiah; AHMAD, Nor Hafizah. APLIKASI PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA DALAM MENINGKATKAN PENGETAHUAN KANAK-KANAK BAJAU LAUT, KOMUNITI TANPA NEGARA, SEMPORNA SABAH DALAM PENDIDIKAN ISLAM. ICELAM, [S.l.], v. 3, n. No 2-13, oct. 2023. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24355>. Date accessed: 16 june 2024.