MODEL PENGUKURAN KOMPETENSI KEPIMPINAN ORGANISASI BAGI PEMIMPIN PERTENGAHAN KOLEJ MATRIKULASI

  • Sukor Beram
  • Azman Mokhtar
  • Ramlee Ismail
  • Norzalina Noor
  • Fanny Kho Chee Yuet
  • Kumaran Gengatharan
  • Aziah Samichan

Abstract

Abstrak: Kajian yang melibatkan pemimpin pertengahan pendidikan masih jauh ketinggalan berbanding guru besar dan pengetua sekolah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pula menekankan kepentingan pemimpin pertengahan bagi menyokong keberhasilan optimum sistem pendidikan negara. Bagi menyediakan kumpulan kepimpinan sokongan terbaik di institusi pendidikan di Malaysia, pemimpin pertengahan perlu diperkasa dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Namun begitu, pemimpin pertengahan berhadapan dengan dwi peranan iaitu sebagai pendidik dan pengurus. Oleh itu, pemimpin pertengahan pendidikan perlu memiliki pelbagai kompetensi bagi melaksanakan kedua-dua peranan tersebut dengan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan model pengukuran bagi konstruk kompetensi kepimpinan organisasi pemimpin pertengahan di kolej matrikulasi. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan dapatan dianalisis menggunakan Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM). Instrumen soal selidik yang mengandungi konstruk dan elemen kompetensi organisasi telah diedarkan kepada seramai 162 orang pemimpin pertengahan pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan model pengukuran yang diuji adalah sepadan dengan data di lapangan. Nilai RMSEA=0.073, CFI=0.966, TLI=0.960 dan ChiSq/df=1.822. Selain itu nilai kesahan menumpu (AVE=0.756) dan kebolehpercayaan komposit (CR=0.962) juga melebihi nilai minimum yang disyaratkan dalam analisis SEM. Kajian ini mengesahkan elemen-elemen kompetensi kepimpinan organisasi yang diperlukan oleh pemimpin pertengahan pendidikan adalah bersesuaian dengan konteks pendidikan lepasan menengah di Malaysia. Dapatan kajian turut mengesahkan kewujudan tiga elemen baharu dalam kompetensi kepimpinan organisasi iaitu budaya trust, keupayaan menterjemah visi dan keupayaan menterjemah arahan sebagai pengembangan model kompetensi kepimpinan sedia ada.


 


Kata kunci: Kompetensi kepimpinan organisasi, pemimpin pertengahan pendidikan, model pengukuran


Abstrak: The research concerning educational middle leaders lags significantly behind as compared to head teachers and school principals. The Malaysia Education Blueprint (PPPM) 2013-2025 highlights the importance of educational middle leaders in supporting the optimal success of the national education system. In order to offer optimal support to the leadership group in educational institutions in Malaysia, middle leaders need to be empowered with a diverse range of knowledge and skills. However, middle leaders encountered the challenge of balancing dual responsibilities as both educators and managers. Therefore, this group must possess a range of organizational competencies to effectively fulfil both responsibilities. The objective of this study was to assess the validity of a measurement model for the organizational leadership competencies construct among educational middle leaders in matriculation colleges. The study utilizes a survey method, and the findings were analyzed using Structural Equation Modeling (SEM). A survey instrument comprising constructs and elements of organizational leadership competencies was administered to 162 educational middle leaders. The findings of the study demonstrated that the measurement model tested aligned with the data collected in the field. The fit indices of RMSEA=0.073, CFI=0.966, TLI=0.960, and ChiSq/df=1.822 indicated a good fit for the model. The validity of Average Variance Extracted (AVE=0.756) and Composite Reliability (CR=0.962) surpassed the minimum thresholds required in SEM analysis. This study confirmed that the organizational leadership competencies for educational middle leaders are relevant to the context of secondary education in Malaysia. Additionally, the study confirmed the existence of three new elements in organizational leadership competencies, namely trust culture, the ability to translate vision, and the ability to translate directives, which enhance the existing leadership competency model.


 


Key Words: Organizational leadership competencies, educational middle leaders, measurement model

Published
2023-10-12
How to Cite
BERAM, Sukor et al. MODEL PENGUKURAN KOMPETENSI KEPIMPINAN ORGANISASI BAGI PEMIMPIN PERTENGAHAN KOLEJ MATRIKULASI. ICELAM, [S.l.], v. 3, n. No 2-13, oct. 2023. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24343>. Date accessed: 15 june 2024.