KEMUDAHAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK BAJAU LAUT, SEMPORNA, SABAH: SATU KAJIAN KES

  • Siti Hajar Lokman
  • Jeffery Apdal
  • Sharifah Samsudin

Abstract

Abstrak: Isu kewarganegaraan yang dihadapi oleh masyarakat Bajau Laut Semporna, Sabah menyebabkan mereka terdedah kepada pencabulan hak asasi terutamanya akses kepada pendidikan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kemudahan pendidikan dalam kalangan kanak-kanak Bajau Laut serta mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh komuniti ini dalam aspek pendidikan. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang ketua keluarga serta seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul, Semporna. Pemilihan responden adalah berdasarkan persampelan bertujuan. Penyelidik menggunakan teknik temu bual semi berstruktur dan pemerhatian untuk mendapatkan data. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah tematik. Lima tema utama telah muncul hasil daripada analisis data bagi menjawab dua persoalan kajian. Dua tema utama telah menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu akses pendidikan dan sekolah alternatif. Manakala tiga lagi tema utama menjawab persoalan kajian kedua iaitu bantuan persekolahan, tenaga pengajar dan faktor ekonomi keluarga. Memandangkan kajian ini hanya meneliti isu-isu berkaitan kemudahan pendidikan bagi kanak-kanak Bajau Laut, maka penyelidik akan datang boleh mempertimbangkan kajian berkaitan langkah yang sewajarnya dilakukan oleh pihak berwajib bagi membantu mengatasi isu ini.


 


Kata kunci: Kemudahan Pendidikan, Kanak-kanak, Ibubapa, Bajau Laut, Temu Bual


 


Abstract: The citizenship issue faced by the Bajau Laut community of Semporna, Sabah causes them to be exposed to violations of basic rights, especially access to education. Therefore, this study aims to identify the educational facilities among the seafaring children as well as identify the challenges faced by this community in terms of education. The study participants consisted of three family heads and a teacher who worked at Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul, Semporna. The selection of respondents was based on purposive sampling. The researcher has used semi-structured interview techniques and observation to obtain data. The data obtained was analyzed using the thematic method. Five main themes emerged from the data analysis to answer the two research questions. Two main themes have answered the first research question, namely access to education and alternative schools. While the other three main themes answer the second research question, namely schooling aid, teaching staff and family economic factors. Since this study only examines issues related to educational facilities for seafaring children, then future researchers can consider studies related to measures that should be taken by the authorities to help overcome this issue.


 


Keywords: Educational Facilities, Children, Parents, Bajau Laut, Interviews

Published
2023-10-12
How to Cite
LOKMAN, Siti Hajar; APDAL, Jeffery; SAMSUDIN, Sharifah. KEMUDAHAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK BAJAU LAUT, SEMPORNA, SABAH: SATU KAJIAN KES. ICELAM, [S.l.], v. 3, n. No 2-13, oct. 2023. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24339>. Date accessed: 15 june 2024.