MENYELUSURI ERA PENDIDIKAN BAHARU DI MALAYSIA: MEMBINA JATI DIRI GURU DENGAN PARADIGMA INOVASI SEBAGAI TERAJU TRANSFORMASI

  • Dayang Rafidah Syariff M. Fuad
  • Mat Rahimi Yusof
  • Aziah Samichan

Abstract

Abstrak: Pengaruh budaya dalam memupuk penghasilan inovasi dalam kalangan guru-guru di sekolah adalah amat penting sebagai teraju utama transformasi pendidikan di Malaysia. Namun, terdapat banyak faktor budaya yang mempengaruhi penghasilan inovasi oleh guruguru. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti komponen budaya sekolah yang memainkan peranan dalam memupuk inovasi di sekolah. Seramai 478 orang guru dari 32 Sekolah Bandar di Sabah, Malaysia terlibat dalam kajian kuantitatif ini. Penumpuan kajian diberikan kepada strategi, struktur, sokongan mekanisme, komunikasi dan tingkah laku inovatif guru-guru dalam memupuk budaya inovasi di sekolah. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS dan AMOS untuk mengukur dan membangunkan model berdasarkan faktor-faktor yang dikenal pasti. Hasil kajian menunjukkan bahawa dimensi Struktur, Strategi, Sokongan Mekanisme, dan Tingkah Laku Inovatif memberi sokongan yang signifikan terhadap keseluruhan hasil kajian. Analisis Faktor Pengesahan menunjukkan nilai Chi-sq sebanyak 3.960, CFI sebanyak 0.961, IFI sebanyak 0.961, NFI sebanyak 0.949, TLI sebanyak 0.954, dan RMSEA sebanyak 0.071. Perhatian khusus diberikan kepada muatan faktor Tingkah Laku Inovatif yang mendapatkan nilai tertinggi pada 0.90, diikuti oleh Strategi (0.88), Mekanisme Sokongan (0.85), dan Komunikasi (0.84). Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa budaya inovasi adalah kritikal dalam merangsang pemikiran kreatif, membina keupayaan adaptasi, dan meningkatkan jati diri guru dalam menjamin kualiti pendidikan yang mapan. Diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pembuat dasar dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkukuhkan sistem pendidikan negara untuk menghadapi cabaran masa depan. Usaha ini akan mencorak pendidikan yang lebih dinamik, relevan, dan berdaya saing untuk generasi pelajar yang akan datang.


 Kata kunci: Transformasi Pendidikan, Budaya Inovatif, Perkembangan Profesionalisme Guru, Kualiti Pendidikan, Budaya Sekolah.


 


Abstract: The influence of culture in fostering innovation among teachers in schools is of utmost importance as the main driver of educational transformation in Malaysia. However, there are numerous cultural factors that affect the generation of innovation by teachers. Therefore, this study was conducted to identify the school cultural components that play a role in nurturing innovation in schools. A total of 478 teachers from 32 Urban Schools in Sabah, Malaysia, participated in this quantitative study. The focus of the study was on the innovative strategies, structures, support mechanisms, communication, and behaviour of teachers in  fostering an innovative culture in schools. The research data were analyzed using SPSS and AMOS software to measure and develop a model based on the identified factors. The study's findings indicated that the dimensions of Structure, Strategy, Support Mechanisms, and Innovative Behavior significantly support the overall study outcomes. Factor Validation Analysis showed a Chi-square value of 3.960, CFI (Comparative Fit Index) of 0.961, IFI (Incremental Fit Index) of 0.961, NFI (Normed Fit Index) of 0.949, TLI (Tucker-Lewis Index) of 0.954, and RMSEA (Root Mean Square Error of Approximation) of 0.071. Special attention was given to the factor of Innovative Behavior, which obtained the highest value of 0.90, followed by Strategy (0.88), Support Mechanisms (0.85), and Communication (0.84). In conclusion, this study demonstrates that an innovative culture is critical in stimulating creative thinking, building adaptive capabilities, and enhancing teachers' self-identity to ensure a solid quality of education. It is hoped that this study will serve as a guide for policy-makers and the Ministry of Education in Malaysia to strengthen the nation's educational system to face future challenges. These efforts will shape a more dynamic, relevant, and competitive education for future generations of students.


Keywords: Education Transformation, Innovative Culture, Professional Development of Teachers, Educational Quality, School Culture.


 

Published
2023-10-12
How to Cite
SYARIFF M. FUAD, Dayang Rafidah; YUSOF, Mat Rahimi; SAMICHAN, Aziah. MENYELUSURI ERA PENDIDIKAN BAHARU DI MALAYSIA: MEMBINA JATI DIRI GURU DENGAN PARADIGMA INOVASI SEBAGAI TERAJU TRANSFORMASI. ICELAM, [S.l.], v. 3, n. No 2-13, oct. 2023. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24336>. Date accessed: 15 june 2024.