ISU-ISU KEBOLEHPERCAYAAN SUMBER DALAM PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI DI SEKOLAH MENURUT PEGAWAI PENILAI DAN PEGAWAI YANG DINILAI

  • Majelan Sulong
  • Rosdi Marzuki
  • Abang Hut Abang Engkeh
  • Nurhana Mustafa
  • Mohamad Helmi Isa
  • Isham Ibrahim

Abstract

Abstrak: Objektif kajian adalah untuk mengkaji isu-isu berkaitan kebolehpercayaan sumber dalam pengurusan penilaian prestasi di sekolah menengah menurut pegawai penilai (PP) dan pegawai yang dinilai (PYD). Secara ringkasnya, kebolehpercayaan sumber merujuk kepada kebolehpercayaan dan kepakaran dimiliki oleh PP yang dilihat oleh PYD. PYD akan bertindak balas secara positif terhadap maklum balas diberikan oleh PP yang dipercayai dan berkepakaran. Oleh itu, bagi memastikan tercapainya objektif pelaksanaan penilaian prestasi di sekolah, PP seharusnya mempunyai pengetahuan tentang keperluan kerja PYD, pengetahuan tentang prestasi kerja sebenar PYD dan berkeupayaan menilai dengan tepat prestasi kerja. Pelaksanaan kajian melibatkan seramai enam orang PP dan enam orang PYD yang berkhidmat di sekolah menengah di tiga buah zon di Sarawak iaitu Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan yang dipilih secara teknik persampelan bertujuan. Instrumen kajian ialah protokol temu bual manakala teknik temu bual separa berstruktur secara bersemuka dilaksanakan bagi tujuan pengumpulan data. Data temu bual dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa isu kebolehpercayaan sumber dikaitkan dengan keyakinan memberikan maklum balas prestasi, pengetahuan tentang prestasi kerja dan peranan sebagai suri teladan manakala isu kualiti maklum balas dikaitkan dengan kespesifikan maklum balas prestasi dan ketergesaan memberikan maklum balas prestasi. Kesimpulannya, isu-isu berkaitan kebolehpercayaan sumber mempunyai kesan yang mendalam terhadap produktiviti dan memberikan impak yang besar kepada prestasi PP dan PYD. Isu-isu tersebut hendaklah ditangani dengan bijaksana bagi memastikan penilaian prestasi di sekolah dapat menyediakan kerangka kerja yang memupuk kepada membangunkan kapasiti kendiri dan mewujudkan keperluan untuk mengembangkan potensi ke tahap maksimum.


Kata kunci: Kebolehpercayaan Sumber; Penilaian Prestasi, Pembangunan Sumber Manusia; Prestasi Kerja


 


Abstract: The objective of the study is to examine issues related to the source reliability in the management of performance appraisal in secondary schools according to the evaluation officer (PP) and the officer evaluated (PYD). In short, source reliability refers to the reliability and expertise possessed by the PP as seen by the PYD. PYD will respond positively to feedback provided by trusted and expert PP. Therefore, to ensure the achievement of the performance appraisal objectives in schools, PP should have knowledge of PYD's work requirements, knowledge of PYD's actual work performance and be able to accurately assess work performance. The implementation of the study involved a total of six PP and six PYD who served in secondary schools in three zones in Sarawak, namely the North Zone, the Central Zone and the South Zone, which were selected using a purposive sampling technique. The research instrument is an interview protocol while a semi-structured face-to-face interview technique is implemented for the purpose of data collection. Interview data were analysed using content analysis techniques. The findings of the study show that the issue of source reliability is linked to confidence in giving performance feedback, knowledge about work performance and the role as a role model while the issue of feedback quality is linked to the specificity of performance feedback and the urgency of giving performance feedback. In conclusion, issues related to resource reliability have a profound impact on productivity and have a significant impact on PP and PYD performance. These issues should be dealt with wisely to ensure that performance evaluation in schools can provide a framework that fosters developing self-capacity and creates the need to develop potential to the maximum level.


Keywords: Source Reliability; Performance Evaluation, Human Resource Development; Work Performance

Published
2023-10-12
How to Cite
SULONG, Majelan et al. ISU-ISU KEBOLEHPERCAYAAN SUMBER DALAM PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI DI SEKOLAH MENURUT PEGAWAI PENILAI DAN PEGAWAI YANG DINILAI. ICELAM, [S.l.], v. 3, n. No 2-13, oct. 2023. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24335>. Date accessed: 16 june 2024.