KONSEP PEMBANGUNAN KERANGKA MODEL SISWA HEBAT

  • Rohani Che Hashim
  • Ridzuan Ahmad
  • Kumaran Gengatharan
  • Mohammed Roslan Abdul Razak
  • Norfashadirah Desa

Abstract

Abstrak:Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 menekankan bahawa profesionalisme keguruan merupakan satu aspek penting bagi pencapaian kemenjadian murid. Pensyarah IPG juga merupakan sebahagian daripada agen transformasi pendidikan yang sangat penting. Para pensyarah seharusnya menguasai kemahiran profesion mereka dalam mencapai matlamat pembangunan insan setiap pelajar. Namun, isu berkaitan profesionalisme pensyarah boleh menggugat kualiti bakal guru. Sehubungan dengan itu, kemenjadian siswa pendidik sangat penting untuk dibentuk bagi menangani isu guru tidak kompeten, guru bermasalah dan guru kurang berminat untuk mengajar. Justeru, isu ini perlu diambil tindakan memandangkan guru adalah perantara paling rapat antara murid dan ilmu. Kemenjadian murid yang dihasratkan tidak tercapai jika tiada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari guru yang berkualiti. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap profesionalisme guru, tahap kemenjadian siswa, hubungan dan pengaruh profesionalisme pensyarah terhadap kemenjadian siswa. Oleh itu, penyelidik telah memperkenalkan suatu konsep dengan membangunkan kerangka model siswa yang dinamakan sebagai “HEBAT”. Perkataan HEBAT mempunyai makna yang sangat tinggi nilainya. Penyelidik telah menggunakan tinjauan literatur untuk mereka bentuk komponen – komponen HEBAT yang bermaksud H - High Achiever, E - Energetic, B - Bold and Balanced, A - Articulate dan T - Trustworthy. Setelah kesemua komponen dikenal pasti maka penyelidik menggunakan teknik Fuzzy Delphi bagi mendapatkan kesepakatan pakar terhadap komponenkomponen tersebut. Dapatan menunjukkan bahawa panel pakar telah mencapai kesepakatan bersama bagi kesemua komponen yang terdapat dalam kerangka model tersebut dengan memenuhi syarat Fuzzy Delphi seperti nilai threshold (d) ≤ 0.2, peratus kesepakatan pakar > 75peratus dan nilai > 0.5. Setelah disusun maka model yang bernama HEBAT wujud.


Kata kunci: Kompetensi kepimpinan organisasi, pemimpin, model HEBAT

Published
2023-10-12
How to Cite
CHE HASHIM, Rohani et al. KONSEP PEMBANGUNAN KERANGKA MODEL SISWA HEBAT. ICELAM, [S.l.], v. 3, n. No 2-13, oct. 2023. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24334>. Date accessed: 16 june 2024.