KESAN MODEL HIBRID TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDINGPENDIDIKAN SUKAN TERHADAP PRESTASI ASPEK AFEKTIF

  • Noraliza Minhat
  • Nor Aiza Zamzam Amin
  • Noor Hayati Zakaria

Abstract

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk menyiasat kesan Model Hibrid Teaching Games for Understanding–Pendidikan Sukan (HTGfU–PS) terhadap prestasi aspek afektif bagi kategori jaring Tingkatan 1 Pendidikan Jasmani. Kajian ini memfokuskan permainan bola tampar yang melibatkan aspek kesukanan iaitu tanggungjawab kendiri, interaksi sosial dan etika dalam sukan. Seiring dengan konsep Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC), kajian ini memfokuskan kaedah untuk melahirkan murid yang mempunyai sahsiah diri yang baik, sekaligus meningkatkan daya intelektual dalam kalangan mereka. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kuasi eksperimental. Terdapat dua kumpulan kajian iaitu kumpulan kawalan (Model TGfU) dan kumpulan rawatan (Model PS dan HTGfU–PS). Subjek keseluruhannya adalah N=96 iaitu murid perempuan (n=48) dan murid lelaki (n=48). Set instrumen yang telah digunakan adalah Instrumen Penilaian Domain Afektif. Data dianalisis dengan menggunakan min, sisihan piawai, ujian post-hoc, ANOVA dan MANCOVA. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian prestasi yang signifikan dalam kesan instruksi keseluruhan iaitu bagi aspek afektif melalui Model TGfU dan HTGfU-PS. Implikasi kajian keseluruhannya menunjukan penggunaan model hibrid ini membantu mempertingatkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Model HTGfU–PS dicadangkan untuk dijadikan satu nilai tambah kepada Penolong Kanan Kurikulum apabila melaksanakan pencerapan kepada guru-guru sebagai satu pilihan instruksi guru Pendidikan Jasmani pada masa akan datang.


Kata kunci: Teaching Games for Understanding, Model Pendidikan Sukan, Model Hibrid, Pendidikan Jasmani, Aspek Afektif, Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC)


 


Abstract: The purpose of this study is to investigate the effects of the Hybrid Teaching Games for Understanding-Sports Education Model (HTGfU-SE) on the affective performance of net category games among Form 1 students Physical Education. This study focuses on volleyball involving aspects of sports which are self-responsibility, social interaction and ethics in games. Along with the concept Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC), this study focuses on methods to produce students who have a good personality, while also increasing intellectual power among them. This quantitative research uses the Quasi Experimental design. There are two research groups; the controlled group (TGfU Model) and the experimented group (PS and HTGfU-SE models). The overall subject is N=96; female students (n=48) and male students (n=48). The data was collected via the Affective Domain Assessment Instrument. Data was analysed using mean, standard deviation, post-hoc test, ANOVA and MANCOVA. The results showed that there was a significant improvement in the overall performance achievement in the affective aspects through the TGfU Model and HTGfU-PS. The overall implication of the study shows that the use of the hybrid model helps to elevate the teaching and learning of Physical Education. The HTGfU-PS model is proposed to be an added value to the Senior Curriculum Assistant when performing observation to teachers as an optional instructional for the Physical Education teachers in the future.


Keywords: Teaching Games for Understanding, Sport Education Model, Model Hibrid, Physical Education, Affective Aspects, Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC)

Published
2023-10-04
How to Cite
MINHAT, Noraliza; ZAMZAM AMIN, Nor Aiza; ZAKARIA, Noor Hayati. KESAN MODEL HIBRID TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDINGPENDIDIKAN SUKAN TERHADAP PRESTASI ASPEK AFEKTIF. ICELAM, [S.l.], v. 3, n. No 2-13, oct. 2023. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24282>. Date accessed: 15 june 2024.