PENERAPAN KEPIMPINAN GURU KE ARAH PENCAPAIAN AKADEMIK MATA PELAJARAN TVET SEKOLAH MENENGAH

  • Nur Aishah Barbara Abdullah
  • Venson Gumpitak

Abstract

Abstrak: Kepimpinan adalah suatu proses di mana seseorang individu mempengaruhi satu kumpulan atau individu lain untuk mencapai matlamat yang sama. Kepimpinan dan kelakuan yang dimiliki boleh membina iklim yang memupuk inovasi di seluruh organisasi. Seiring dengan perubahan sistem pendidikan dalam dunia VUCA\, (ketidakstabilan, ketidakpastian, kerumitan dan kekaburan) kepimpinan juga penting untuk pemimpin pertengahan kerana mereka adalah pengantara pengoperasian kurikulum di sekolah. Kajian kualitatif di dua buah sekolah menengah daerah Kota Marudu, Sabah merupakan tinjauan awal tentang kepimpinan pemimpin pertengahan sekolah dalam peningkatan mata pelajaran Bidang TVET. Usaha menyemai nilai murni dan transformasi pendidikan dalam kalangan pemimpin pertengahan sekolah telah membantu guru di dua buah sekolah menengah tersebut meningkatkan pencapaian 100% murid lulus dalam mata pelajaran TVET dan memperoleh Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) antara 1.75 dan 5.06. Sifat kepimpinan yang terdapat pada guru amat penting dalam pembentukan hala tuju sekolah terutama gaya kepimpinan yang digunakan terhadap pasukan guru yang lain. Pemimpin pertengahan sekolah perlu menggunakan gaya kepimpinan yang diamalkan secara menyeluruh bagi memastikan segala aktiviti atau strategi yang dirancang berdasarkan hala tuju tersebut. Peranan seorang pemimpin pertengahan sekolah dalam membentuk hala tuju ini juga membantu memberi kefahaman kepada guru TVET yang lain untuk meningkatkan kualiti PdP agar dapat melahirkan murid yang mempunyai kebolehpasaran tinggi dalam dunia TVET, secara langsung akan menyokong pencapaian kecemerlangan akademik sekolah dan merealisasikan 6 Aspirasi Murid dalam PPPM 2013-2025.


Keywords: Kepimpinan , Pemimpin Pertengahan Sekolah, kualiti PdP, akademik, TVET


Abstract Leadership is a process in which an individual influences a group or individual to achieve a common goal. Leadership and behavior can build a climate that fosters innovation throughout the organization. Along with the changes in the education system in the VUCA (volatility, uncertainty, complexity, and ambiguity) world, leadership is also important among middle leaders because they are mediators in the operation of the curriculum in schools. A qualitative study in two secondary schools in Kota Marudu district, Sabah is a preliminary survey of the leadership of middle schools leaders in the improvement of TVET subjects. Efforts to instill good values and educational transformation among middle schools, leaders have helped teachers in the two secondary schools increase the achievement of 100% of students passing in TVET subjects and obtaining an Average Subject Grade (GPMP) between 1.75 and 5.06. The nature of leadership found in teachers is very important in the formation of the direction school, especially the leadership style used against other teacher teams. Middle school leaders need to use a leadership style that is practised comprehensively to ensure that all activities or strategies are planned based on that direction. The role of a middle school leader in shaping this direction also helps to give understanding to other TVET teachers to improve the quality of teaching and learning (T&L) activities in order to produce students who have high marketability in the world of TVET, will directly support the achievement of school academic excellence and realize the 6 Student Aspirations in PPPM 2013-2025.


Keywords: Leadership, Middle School Leaders, T&L Quality, Academics, TVET

Published
2023-10-04
How to Cite
ABDULLAH, Nur Aishah Barbara; GUMPITAK, Venson. PENERAPAN KEPIMPINAN GURU KE ARAH PENCAPAIAN AKADEMIK MATA PELAJARAN TVET SEKOLAH MENENGAH. ICELAM, [S.l.], v. 3, n. No 2-13, oct. 2023. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24280>. Date accessed: 16 june 2024.