KEPIMPINAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR PEMIMPIN SEKOLAH

  • Wan Azhar Wan Yaacob
  • Wan Noor Siah Wan Abdullah
  • Ahmad Zainal

Abstract

Abstrak: Kepimpinan Pendidikan Alam Sekitar merupakan salah satu gaya kepemimpinan yang harus diamalkan oleh para pentadbir sekolah bagi mencapai matlamat aspirasi pendidikan negara. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti tahap sedia ada dan kepentingan amalan terbaik kepimpinan Pendidikan Alam Sekitar dan sumbangan terhadap peranan pemimpin sekolah. Kajian ini menggunakan teknik sampel rawak mudah jenis kelompok kluster dan responden terdiri daripada pentadbir sekolah. Kaedah menganalisis data penyelidikan ini adalah dengan menggunakan perisian SPSS IBM version 20 bagi mendapatkan hasil analisis data kajian. Peserta kajian yang terlibat seramai 148 daripada 232 orang populasi secara bersemuka kepada pentadbir sekolah menengah di negeri Johor. Penyelidik telah membangunkan instrumen soal selidik dengan membentuk konstruk dan item yang mengkaji Amalan Terbaik Pendidikan Alam Sekitar. Kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dengan nilai alpha Cronbach 0.876 bagi elemen amalan pendidikan alam sekitar dan 0.923 bagi indikator kepimpinan sekolah melalui kajian rintis. Hasil dapatan analisis keseluruhan tahap sedia ada elemen amalan Pendidikan Alam Sekitar menunjukkan tahap sedia ada amalan Pendidikan Alam Sekitar bagi elemen i) pengurusan (min 4.17 dan sisihan piawai 0.277); ii) profesionalisme (min 4.18 dan sisihan piawai 0.308); iii) kurikulum (min 4.09 dan sisihan piawai 0.315); iv) kokurikulum (min 4.06 dan sisihan piawai 0.359); dan v) pembudayaan (min 4.01 dan sisihan piawai 0.314). Bagi elemen yang paling tinggi adalah Profesionalisme manakala elemen yang mempunyai nilai paling rendah adalah Pembudayaan. Walau bagaimanapun kesemua elemen adalah dalam nilai yang tinggi. Bagi ujian Analisis Regresi Pelbagai menggunakan kaedah Stepwise Estimation mendapati kesemua elemen pemboleh ubah bebas elemen kurikulum, budaya dan pengurusan merupakan faktor yang signifikan terhadap kepimpinan sekolah Keputusan tiga pemboleh ubah peramal, iaitu elemen kurikulum (β = 0.22, t = 0.166, p < 0.05), elemen budaya (β = 0.587, t = 7.614, p < 0.05) dan elemen Pengurusan (β = 0.567, t = 4.740, p < 0.05) merupakan faktor kepada kepimpinan sekolah. Kesimpulannya, amalan terbaik Pendidikan Alam Sekitar Pemimpin Sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan dan pengurusan sekolah ke arah yang lestari.


Kata Kunci: Pendidikan Alam Sekitar, Amalan Terbaik, Kepimpinan Sekolah


Abstract: Environmental Education Leadership is one of the leadership styles that must be practiced by school administrators to achieve the goals of National Education Aspirations. This study is to identify the existing level and the importance of the best practices of Environmental Education leadership and the contribution to the role of school leaders. This study uses a simple random sampling technique of the cluster group type and the respondents consist of school administrators. The method of analyzing this research data is to use SPSS IBM version 20 software to obtain the results of the data analysis. The participants of the study involved a total of 148 out of 232 people in the population face-to-face with high school administrators in the state of Johor. Researchers have developed a questionnaire instrument by forming constructs and items that examine Environmental Education Best Practices. The reliability of the instrument is high with a Cronbach's alpha value of 0.876 for environmental education practice elements and 0.923 for school leadership indicators through a pilot study. The results of the overall analysis of the existing level of Environmental Education practice elements show the existing level of Environmental Education practice for elements i) management (mean 4.17 and standard deviation 0.277); ii) professionalism (mean 4.18 and standard deviation 0.308); iii) curriculum (mean 4.09 and standard deviation 0.315); iv) cocurricular (mean 4.06 and standard deviation 0.359); and v) acculturation (mean 4.01 and standard deviation 0.314). For the highest element is Professionalism while the element with the lowest value is Culture. However, all elements are in high value. For the Multiple Regression Analysis test using the Stepwise Estimation method, it was found that all independent variable elements of curriculum, culture and management are significant factors for school leadership. The results of three predictor variables, namely curriculum elements (β = 0.22, t = 0.166, p < 0.05), cultural elements (β = 0.587, t = 7.614, p < 0.05) and Management elements (β = 0.567, t = 4.740, p < 0.05) are factors for school leadership. In conclusion, the best practices of Environmental Education for School Leaders play an important role in the formation and management of schools in a sustainable direction.


Keywords: Environmental Education, Best Practices, School Leadership

Published
2023-10-04
How to Cite
WAN YAACOB, Wan Azhar; WAN ABDULLAH, Wan Noor Siah; ZAINAL, Ahmad. KEPIMPINAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR PEMIMPIN SEKOLAH. ICELAM, [S.l.], v. 3, n. No 2-13, oct. 2023. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24276>. Date accessed: 16 june 2024.