KEPERLUAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN DALAM PENDIDIKAN VOKASIONAL: KAJIAN DI NEGERI PERAK

  • Siva Rabindarang

Abstract

Abstrak: Pendidikan Vokasional merupakan pendidikan yang fokuskan pengetahuan, psikomotor dan afektif iaitu seiring dengan tuntutan dalam sistem TVET. Pelajar Vokasional ditaksir dalam pelbagai kaedah iaitu kuiz, ujian, amali, pembentangan dan lain-lain lagi untuk menilai keterampilan. Pentaksiran berterusan merupakan kaedah penilaian formatif yang dilaksanakan secara berterusan dalam pendidikan vokasional. Tujuan pentaksiran untuk menentukan kebolehan, pencapaian dan prestasi pelajar. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk menentukan keperluan dan kegunaan pentaksiran berterusan yang dibangun secara berpusat dalam pendidikan vokasional. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan iaitu kuantitatif dan kualitatif. Bagi pendekatan kuantitatif seramai 36 tenaga pengajar terlibat secara langsung dengan tinjauan soal selidik. Manakala, bagi pendekatan kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur seramai 4 peserta kajian dipilih dengan kaedah persampelan bertujuan. Dapatan menunjukkan pentaksiran berterusan yang dibangunkan secara berpusat adalah satu keperluan dan dapat digunakan secara spesifik dalam mentaksir pelajar. Data kuantitatif disokong dengan dapatan kualitatif iaitu pentaksiran berterusan yang dibangunkan secara berpusat satu keperluan agar pentaksiran yang dilaksanakan adalah seragam. Malah, pentaksiran berterusan yang dibangunkan secara berpusat juga dapat digunakan secara menyeluruh.


Kata kunci: Vokasional, Pentaksiran, Prestasi, Psikomotor


Abstract: Vocational Education is an education that focuses on knowledge, psychomotor and affective in accordance with the demands in the TVET system. Vocational students are assessed in various methods such as quizzes, tests, practical’s, presentations, and others. Continuous assessment is a formative assessment method that is implemented continuously in vocational education. The purpose of continuous assessments is to determine the abilities, achievements, and performance of students. Therefore, this study was carried out to determine the need and usefulness of continuous assessment developed centrally in vocational education. This study uses a combined approach of quantitative and qualitative methods. For the quantitative approach, a total of 36 teaching staff were directly involved with the questionnaire survey. Whereas, for the qualitative approach, which is a semi-structured interview, a total of 4 study participants were selected using the purposive sampling method. Findings show that continuous assessment developed centrally is a necessity and can be used specifically in assessing students. Quantitative data is supported by qualitative findings, which is continuous assessment that is developed centrally, a requirement so that the assessment that is carried out is uniform. In fact, continuous assessment developed centrally can also be used widely.


Keywords: Vocational, Assessment, Performance, Psychomotor

Published
2023-10-04
How to Cite
RABINDARANG, Siva. KEPERLUAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN DALAM PENDIDIKAN VOKASIONAL: KAJIAN DI NEGERI PERAK. ICELAM, [S.l.], v. 3, n. No 2-13, oct. 2023. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24273>. Date accessed: 16 june 2024.