Konsepsi Pensyarah Matematik UiTM ke Atas Corak Tenunan Songket: Satu Kajian Kes

  • Nor Maizan Abdul Aziz Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Malaysia, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Rokiah Embong Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Malaysia, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Zubaidah Abd Wahab Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Malaysia, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Hamidah Maidinsah Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Malaysia, 40450 Shah Alam, Malaysia

Abstract

Songket dihargai dari aspek yang berbeza-beza bergantung kepada latar belakang penilainya. Ahli seni menilai kehalusan seni yang didapati pada kecantikan corak dan kehalusan tenunannya. Namun, ahli matematik pula mungkin menghargai keindahan songket dari aspek matematiknya. Jika dilihat dengan lebih teliti keindahan corak dan motif songket sebenarnya kaya dengan nilai matematik dan corakcorak geometri. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsepsi pensyarah-pensyarah matematik Melayu tentang konsep, amalan dan nilai matematik yang terkandung dalam beberapa corak songket yang terpilih. Tiga orang pensyarah matematik dari Universiti Teknologi MARA telah ditemuduga bagi tujuan ini. Setiap pensyarah ditemuduga selama satu jam dan sesi temuduga dirakam video. Sebanyak lima helai kain sampin songket yang berlainan corak digunakan untuk temuduga itu. Hasil kajian ini menghuraikan antara konsep dan amalan matematik yang tersurat dan tersirat yang telah dikenalpasti oleh mereka adalah transformasi, gabungan, pengiraan dan pengukuran; antara bentuk geometri yang terdapat adalah poligon dan antara nilai yang dikenalpasti adalah kejituan dan ketepatan.

Published
2012-06-30
How to Cite
ABDUL AZIZ, Nor Maizan et al. Konsepsi Pensyarah Matematik UiTM ke Atas Corak Tenunan Songket: Satu Kajian Kes. Menemui Matematik (Discovering Mathematics), [S.l.], v. 34, n. 1, p. 113-120, june 2012. ISSN 0126-9003. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/dismath/article/view/13692>. Date accessed: 29 nov. 2021.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.