Determining Hearing Health Approach for Malaysian Musicians: Insights from Small Group Interviews
Menentukan Pendekatan Kesihatan Pendengaran untuk Pemuzik Malaysia: Hasil Temubual Kumpulan Kecil
Abstract
This study explores the motivations of Malaysian orchestral musicians to protect their hearing and aims to determine a practical hearing health approach tailored to this population. A total of eleven Malaysian orchestral musicians participated in three separate group interviews structured around specific guided questions to investigate their perspectives and experiences. The musicians often found their work environment excessively loud but seldom took precautions or employed ineffective methods. Their reluctance to take preventive action was primarily due to their limited understanding of how loud music could impact their hearing and the lack of knowledge about effective hearing protection strategies. Malaysian musicians typically initiate action only when they experience symptoms, resorting to ineffective methods and without proper guidance from healthcare providers. Musicians has the perception that tolerating loud sounds signifies experience and a well-trained ear, leading to a stigma against wearing hearing protection. Much of the negative perception surrounding the use of hearing protection stemmed from past experience wearing inappropriate devices. It is evident that targeted education, specifically tailored to musicians’ needs, is crucial. Through interviews and discussions, we identified several aspects that could enhance active hearing care among Malaysian orchestral musicians.
Kajian ini meneroka motivasi pemuzik orkestra di Malaysia dalam melindungi pendengaran mereka, dan menentukan pendekatan kesihatan pendengaran yang sesuai buat populasi ini. Seramai sebelas pemuzik orkestra Malaysia mengambil bahagian dalam tiga temubual berkumpulan bertujuan mendapatkan perspektif dan pengalaman mereka. Secara umumnya, pemuzik kerap mendapati persekitaran kerja mereka terlalu kuat tetapi jarang mengambil langkah melindungi pendengaran atau menggunakan kaedah yang tidak berkesan. Antara sebab mengapa mereka tidak mengambil langkah pencegahan adalah kerana kurangnya pemahaman tentang kesan muzik yang kuat kepada pendengaran dan pengetahuan tentang strategi perlindungan pendengaran yang berkesan. Pemuzik Malaysia biasanya hanya mengambil tindakan apabila mereka mengalami simptom dengan menggunakan kaedah yang tidak sesuai dan tanpa bimbingan yang sewajarnya daripada pegawai kesihatan. Pemuzik Malaysia mempunyai persepsi bahawa kebolehan mendengar bunyi yang kuat berkait dengan pengalaman dan pendengaran yang terlatih, dan ini membawa kepada stigma terhadap pemakaian pelindung pendengaran. Kebanyakan persepsi negatif ini berpunca daripada pengalaman memakai alat pelindung yang tidak sesuai. Hasil kajian jelas menunjukkan keperluan pendidikan bersasar untuk golongan pemuzik. Melalui temu bual dan perbincangan, kami mengenal pasti beberapa aspek yang boleh meningkatkan penjagaan pendengaran aktif dalam kalangan pemuzik orkestra di Malaysia.
Copyright 2024 Faculty of Health Science UKM. All Rights Reserved