Aplikasi Dharuriyyat, Hajiyyat Dan Tahsiniyyat (DHT) dalam Kaunseling
Abstract
Aplikasi Dharuriyyat, Hajiyyat Dan Tahsiniyyat (DHT) semasa proses membuat pilihan bagi sesuatu keputusan merupakan salah satu perbincangan yang khusus dalam sesi kunseling. Tindakan mengaplikasikan DHT semasa membuat pilihan dalam sesuatu keputusan ini lebih menjurus ke arah memelihara kepentingan maqasid syariah dalam aspek agama, nyawa, akal, keturunan dan harta klien demi kesejahteraan hidup yang holisitik. Kajian ini dijalankan bagi memperincikan dapatan kajian terhadap aplikasi DHT semasa proses membuat pilihan bagi sesuatu keputusan daripada aspek proses DHT, model pelaksanaan DHT, peranan kaunselor dan klien, perbezaan dan persamaan DHT dengan teori barat. Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa masih terdapat banyak perkara yang perlu diberikan perhatian terhadap kajian-kajian berkaitan aplikasi DHT semasa proses membuat pilihan bagi sesuatu keputusan. Kesimpulannya, kajian-kajian seterusnya berkaitan aplikasi DHT perlu dijalankan bagi memenuhi agenda perubahan dalam dunia kaunseling. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi pengkaji akan datang bagi melakukan kajian lanjutan.
References
Beirut
Mohd Suhadi Mohamed Sidik. (2020). Aplikasi Model DHT dalam Kaunseling. Kedah: UniSHAMS
Mohd Suhadi Mohamed Sidik. (2016) Kajian kes aplikasi dharuriyyat, hajiyyat dan
tahsiniyyat(DHT) dalam membuat keputusan ketika kaunseling keluarga dan perkahwinan dalam Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 10, 2017.
Mohd Suhadi Mohamed Sidik. (2020). Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Kaunseling Keluarga Dan Perkahwinan dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Kaunseling Islam.
Yusuf al-Qardawi. (2011). Fiqh Keutamaan (Fiqhul Aulawiyyat). Perniagaan Jahabersha, Johor Baharu.