Penerokaan Konsonan Huruf al-Quran dalam Surah al-Fatihah

  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff
  • Wan Muhammad Hamidullah Wan Abd Halim

Abstract

Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab bersesuaian dengan bahasa pertuturan masyarakat di tempat penurunan awalnya iaitu di Kota Makkah. Kandungan setiap ayatnya terbina daripada kalimah-kalimah Arab, yang mana setiap kalimah tersebut pula terbina dari huruf-huruf ejaan yang dikenali sebagai Huruf Hijaiyyah. Dalam konteks bacaan al-Quran, huruf-huruf ini dipanggil sebagai huruf-huruf al-Quran kerana berlegarnya huruf-huruf tersebut di dalam al-Quran. Isu kelemahan penguasaan praktikal sebutan huruf-huruf al-Quran dalam kalangan golongan dewasa dilihat masih berterusan hingga kini. Hasil tinjauan secara khusus di beberapa pusat-pusat pengajian al-Quran di Zon Utara, dilaporkan peratusan golongan ini menghampiri 70% di pusat pengajian masing-masing. Tidak ketinggalan isu ini juga berlaku dalam kalangan pelajar sekolah dan juga sebahagian besar para pelajar di kelas-kelas al-Quran. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan meneroka dan mendedahkan konsonan-konsonan huruf al-Quran yang terdapat dalam Surah al-Fatihah. Untuk mengenal pasti konsonan-konsonan huruf al-Quran tersebut, para penyelidik menggunakan kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan. Kajian ini juga hanya tertumpu kepada Surah al-Fatihah sebagai usaha awal ke arah memperhalusi perbahasan mengenai konsonan-konsonan huruf dalam al-Quran dan seterusnya akan diperluas kepada surah-surah yang lain sehingga meliputi 30 juzuk al-Quran. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 10 konsonan huruf al-Quran iaitu Istifal, Hams, Isti’la’, Inhiraf, Takrir, Bainiyyah, Rakhawah, Ghunnah, Itbaq dan Istiṭalah di dalam Surah al-Fatihah. Diharapkan pendedahan data-data berkaitan konsonan-konsonan huruf dalam Surah al-Fatihah ini dapat membantu masyarakat menambah input dan ilmu pengetahuan mengenai pengaplikasian sebutan huruf-huruf al-Quran yang tepat seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.


 

References

al-Bukhari, M. I. (2023) Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Al-Jalalayn, al-Suyuti & al-Mahalli. (2001). Tafsir al-Jalalyn. Mesir: Dar al-Hadith
al-Mirṣafī, A. F. (n.d). Hidāyah al-Qārī ilā Tajwīd Kalām al-Bārī. Madīnah: Maktabah al-Ṭayyibah.
Almuddin, S. B. (2012). Analisis morfo-fonologi perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dalam Bahasa Arab. Disertasi Sarjana. Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
al-Shiddique, M. H., Khairul, A. & Norazman, A. (2018). Pengamalan Ilmu Tajwid Dalam Pengajian Talaqqi al-Quran Bersanad, Jurnal Darul Quran JAKIM, Bil. 22.
al-Zarqani, M. A. A. (2022). Manahil al-‘Irfan Fi Ulum al-Qur’an, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Amiruldin, I. (2008). Strategi Komunikasi dan Kepentingannya kepada Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Seminar Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Institut Pengajian Tinggi Malaysia SEBAKA 2008, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.
Anshari, A. S. (2014). Memanfaatkan kajian fonetik untuk pengembangan pembelajaran ilmu tajwid. Jurnal Pendidikan Bahasa Arab dan Kebahasaaraban, 1(2), 209-222.
Azarudin, A., Azman, C. M. & Ahmad, N. (2011) Tahap Pembacaan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Di UiTM Terengganu. AJTLHE Vol. 3, No.2, 83-100.
Azmil, H. & Jahidih, S. (2015). Hubungan antara Tahap Kemahiran Al-Quran Guru dan Pencapaian Tajwid Al-Quran Pelajar KKQ di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tinta Artikulasi Membina Ummah 1(1), 2015 144-151.
Bushra, A., Sofia, A. S. & Husaini, N. (2023). Konsep Al-Lahn Dalam Ilmu Tajwid: Kajian Terhadap Makhraj Dan Sifat Huruf, E Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023), 28-Jan-2023.
Ghani, A. R. G. (2018). Pedagogi al-Quran Terhadap Rasulullah SAW dan Kaitan Dengan Aspek Pemeliharaannya. Jurnal Darul Quran JAKIM, Bil. 22, hlm. 1-23
Hanafiah, N. A. (2010). I'la: l dan ibda: l dalam pembentukan kata bahasa Arab. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya.
Harun, B. (2009). Penguasaan Sebutan Konsonan Arab Dari Segi Makhraj dalam Kalangan Pelajar Prasekolah. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Hussin, M., & Nuar, A. M. (2022). Tahap Ketepatan Sebutan Konsonan Arab Sukar oleh Murid Prasekolah dalam Pembacaan Al-Quran: Pronunciation Accuracy Rates of Difficult Arabic Consonants in Al-Quran Recitation by Preschool Students. ‘Abqari Journal, 26(1), 103-126.
Issraq, R. & Mohd, Z. (2017). Aplikasi Teori Mahjub terhadap Pembaikan Sebutan Bunyi Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sabah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa. Vol. 25 (2017): MANU Bil. 25/2017, 137-158.
Kamarulzaman, A. G. & Rahimi, N. R. (2000). Pengaruh Bahasa Melayu ke Atas Penguasaan Sebutan Bahasa Arab dan Tilawah al-Quran. Sari. 18: 67-79.
Kamus Dewan. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leong, A. Q. (2012). Tajwid al-Quran Rasm Uthmani, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Mohamad, N. & Rubiyah, H. (1997). Tahap Penguasaan Bacaan al-Quran di Kalangan Guru Pelatih Bukan Pengkhususan Pengajian Agama Islam. Alor Setar: Institut Perguruan Darul Aman.
Mustafa, C. O. (2004). Masalah Guru dalam Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kerajaan di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Mustapha, K. (2001). Pencapaian tajwid di kalangan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz: satu kajian kes. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Nasution, A. S. (2012). Fonetik Dan Fonologi Alquran. Sumatera: Sinar Grafika Offset.
Nasution, A. S. (2014) Memanfaatkan Kajian Fonetik untuk Pengembangan Pembelajaran Ilmu Tajwid. Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta.
Sabariah, O. (2011). Masalah penyebutan huruf al-Quran di kalangan saudara baru: Satu kajian kes. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Sonhadji, A. M. (1992). ‘Abr al-Athir. Kuala Lumpur: Pustaka al-Mizan
Surur, S. & Muhammad, A. (2015). Bentuk-bentuk Kesalahan Bacaan al-Quran pelajar di Sebuah IPTA. The Online Journal of Islamic Education, 3(2). 1-9.
Suwaid, A. (2021). Al-Tajwid al-Musawwar. Dimasyq: Dar al-Ghawthani li al-Dirasat al-Qur’aniyyah.
Tamuri, A. H, Khadijah, A. R, Awaluddin, S., Kamarulzaman, A. G. & Mohd, A. C. N. (2006). Kajian amalan pengajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah. Prosiding Seminar IRPA RMK-8, Kategori ERK, Jilid 11. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tamuri, A. H. (2018). Isu-isu dalam amalan pengajaran guru-guru pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah, Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke-4, Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tamuri, A. H., Yusopp, A., Kamisah, O., Awaluddin, S., Zamri, A. R. & Khadijah, A. R. (2014). Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yusoff, M. A., Adel, M. A. A. & Ahmad, K. (2003). Keberkesanan Iqra’ sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Quran. Prosiding Isu semasa Pengajian Quran dan Sunnah: 101-114. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah: Kolej Universiti Islam Malaysia.
Zainatunakmar, A. M. (2012). Tahap Penguasaan Kemahiran Tilawah Al-Quran di Kalangan murid-murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1), Laporan Akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajaran, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.
Zainora, D, Shaharuddin, S. & Hayati, H. (2018). Tahap Keberkesanan Ilmu Tajwid: Analisis Terhadap Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangor. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, Vol. 2, hlm. 24-35.
Zaki, N. A. (2012). Masalah Sebutan Bunyi Vokal Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Melayu di IPTA. Tesis Sarjana, Pengajian Bahasa Moden, Universiti Malaya.
Zarima, M. Z. (2018), Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan Guru Bahasa Arab Dalam Pengajaran Konsonan Arab, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Published
2024-06-01
How to Cite
SHEH YUSUFF, Mohd Sholeh; WAN ABD HALIM, Wan Muhammad Hamidullah. Penerokaan Konsonan Huruf al-Quran dalam Surah al-Fatihah. Asian Journal of Research in Education and Social Sciences, [S.l.], v. 6, n. 2, p. 330-341, june 2024. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ajress/article/view/26866>. Date accessed: 18 jan. 2025.
Section
Malay Section