Nama Ular Dalam Bahasa Melayu Berdasarkan Kategori Penamaan

  • Muhammad Nasri Rifin
  • Hasnah Mohamad

Abstract

Dalam proses pembentukan dan penilaian nama biasa ular, maklumat tentang kategori penamaan ular sangat diperlukan untuk dijadikan panduan. Namun begitu, maklumat tentang kategori penamaan ular ini masih terhad terutamanya bagi nama biasa ular dalam bahasa Melayu. Berdasarkan kekangan ini, satu kajian telah dijalankan dengan memberi tumpuan kepada dua objektif; iaitu yang pertama, mengenal pasti kategori penamaan ular dalam bahasa Melayu dan kedua, membincangkan kategori penamaan ular dalam bahasa Melayu. Dalam kajian ini, reka bentuk kajian kualitatif telah digunakan. Kajian ini telah dijalankan dengan meneliti data-data yang telah dikumpulkan daripada buku Land Snakes Of Medical Significance In Malaysia. Data-data ini telah dianalisis berdasarkan pada pendekatan Sembilan Kategori Penamaan yang telah diperkenalkan oleh James Jobling. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat lima kategori penamaan ular dalam bahasa Melayu. Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini dapat dijadikan panduan yang penting dalam proses penilaian kualiti bagi nama biasa ular yang sedia ada. Maklumat ini juga penting untuk pembentukan nama biasa ular yang baharu.

References

Adinsyah, S. N. (2022). Jenis-jenis ular.CV Media Edukasi Creative
Adjie, A. P., & Setyawatiningsih, S. C. (2021). The Diversity and Conservation Status of Snakes in Rawa Mekar Jaya, Riau, Indonesia. Jurnal Biodjati, 6(2), 246-254.
Berlin, B., Breedlove, D. E., & Raven, P. H. (1973). General principles of classification and nomenclature in folk biology. American anthropologist, 75(1), 214-242.
Das, I. (2012). A naturalist's guide to the snakes of South-east Asia: Including Malaysia, Singapore, Thailand, Myanmar, Borneo, Sumatra, Java and Bali. John Beaufoy.
DBP. (2020). Kamus Dewan Perdana. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hia, Y. L., Tan, K. Y., & Tan, C. H. (2020). Comparative venom proteomics of banded krait (Bungarus fasciatus) from five geographical locales: Correlation of venom lethality, immunoreactivity and antivenom neutralization. Acta tropica, 207.
Ismail, A. K., Wah, T. E., Das, I., Vasaruchapong, T., & Weinstein, S. A. (2022). Land snakes of medical significance in Malaysia (Vol 3). Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS).
Ismail, A. K., Wah, T. E., Das, I., Vasaruchapong, T., & Weinstein, S. A. (2017). Land snakes of medical significance in Malaysia (Vol 2). Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS).
Jobling, J. A. (2010). Helm dictionary of scientific bird names. A&C Black.
Müller, J. (2023). Naming the world. Animals in Dutch travel writing: 1800-Present. Leiden University Press
Mulyanto, D., Iskandar, J., Madani, A., Gunawan, R., & Partasasmita, R. (2020). Folk name and lore of birds from the Sundanese of West Java, Indonesia: An ethno-ornithological survey. Biodiversitas Journal of Biological Diversity, 21(9). 4384-4395.
Pittman, H. J. (2019). A 49-year-old male private snake keeper with venom-spit ophthalmia. Journal of emergency nursing, 45(6), 712-714.
Tang, V. (2022). A Standardized List of Scorpion Names in Chinese, with an Etymological Approach. Euscorpius, 2022(350), 1-91.
Published
2024-03-01
How to Cite
RIFIN, Muhammad Nasri; MOHAMAD, Hasnah. Nama Ular Dalam Bahasa Melayu Berdasarkan Kategori Penamaan. Asian Journal of Research in Education and Social Sciences, [S.l.], v. 6, n. 1, p. 208-214, mar. 2024. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ajress/article/view/25965>. Date accessed: 19 may 2024.
Section
Malay Section