Kajian Nutrisi antara Aditif Makanan Berasaskan Herba Tempatan Malaysia dan Aditif Makanan yang Mengandungi Kandungan Monosodium Glutamate

  • Mohamad Hapiz Abdul Rahman Kolej Komuniti Chenderoh
  • Ili Safuraa Abu Bakar Kolej Komuniti Chenderoh
  • Norkamarul Ariffin Kamaruddin Kolej Komuniti Chenderoh

Abstract

Monosodium Glutamate banyak digunakan dalam industri makanan sebagai aditif makanan atau bahan penambah rasa bagi menyedapkan masakan. Namun begitu, terdapat pelbagai kontroversi berkaitan Monosodium Glutamate dan kesihatan. Monosodium Glutamate banyak dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti Sindrom Restoran Cina”, obesiti, gangguan fisiologi tisu adipose, kegagalan fungsi hati, dan kegagalan fungsi organ pembiakan. Penghasilan aditif makanan berasaskan herba tempatan dilihat sebagai alternatif yang lebih menyihatkan kepada pengguna. Kajian ini membandingkan antara nilai nutrisi aditif makanan berasaskan herba tempatan dan dua produk penambah rasa yang mengandungi Monosodium Glutamate yang telah berada di pasaran (Produk X dan Produk Y). Analisis Nutrisi Standard Malaysia mendapati aditif makanan berasaskan herba tempatan mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan boleh membekalkan kalori yang agak signifikan kepada tubuh badan. Produk X dan Produk Y juga mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan boleh membekalkan kalori kepada tubuh badan. Perbezaan bagi kandungan karbohidrat bagi produk aditif makanan berasaskan herba tempatan dan Produk X adalah o.8 dan bagi produk Y pula adalah 1.7. Bagi kandungan protein, julat perbezaan bagi ketiga-tiga produk ini adalah amat rendah iaitu 0.1 (Produk x) dan 0.2 (Produk Y).

Published
2020-12-01
How to Cite
ABDUL RAHMAN, Mohamad Hapiz; ABU BAKAR, Ili Safuraa; KAMARUDDIN, Norkamarul Ariffin. Kajian Nutrisi antara Aditif Makanan Berasaskan Herba Tempatan Malaysia dan Aditif Makanan yang Mengandungi Kandungan Monosodium Glutamate. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Engineering and Technology, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 138-150, dec. 2020. ISSN 0128-2883. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/PMJET/article/view/11356>. Date accessed: 24 oct. 2021.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.