Keberkesanan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat Dengan Pekebun Kecil Risda

  • Suganti Ealangov Kolej Komuniti Bera
  • Asma Laily Md Hanafiah Kolej Komuniti Bera
  • Siti Rahayu Sheikh Abdullah Kolej Komuniti Bera

Abstract

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan usaha kerajaan dalam implementasikan pembelajaran berterusan yang menjurus kepada peningkatan kemahiran di kalangan penduduk Malaysia. Sejajar dengan permintaan, PSH Kolej Komuniti Bera telah menawarkan pelbagai kursus kemahiran kepada komuniti setempat khususnya kepada pekebun kecil anjuran Risda. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan program kursus pendek yang telah dijalankan kepada pekebun kecil Risda pada tahun 2017. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan peserta daripada pekebun kecil Risda yang telah mengikuti pelbagai kursus pendek bersama Kolej Komuniti Bera. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik di mana item-item instrumen diuji kebolehpercayaan (Cronbach’s Alpha) terlebih dahulu. Data kajian akan dianalisis untuk min, frekuensi, sisihan piawai dan Ujian t menggunakan SPSS. Dapatan kajian ini akan digunakan untuk merangka modul kursus pembelajaran sepanjang hayat yang lebih efektif dan berimpak tinggi untuk komuniti setempat khususnya agensi luar bagi mencapai objektif program pembelajaran sepanjang hayat.

Published
2018-12-24
How to Cite
EALANGOV, Suganti; MD HANAFIAH, Asma Laily; SHEIKH ABDULLAH, Siti Rahayu. Keberkesanan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat Dengan Pekebun Kecil Risda. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 121-130, dec. 2018. ISSN 2600-7738. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/PKKJLLL/article/view/4709>. Date accessed: 08 june 2023.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.