Penggunaan Quizizz Dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Agama (CTU) di UiTM Sewaktu Pandemik Covid-19

  • Md Azzaat Ahsanie Lokman
  • Mohd Faidz Mohd Fadzil
  • Nurhayati Syazwani Zulkafli
  • Basirah Mohd Fitri

Abstract

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi mahasiswa UiTM terhadap penggunaan aplikasi Quizizz dalam pembelajaran mata pelajaran agama (CTU) yang diajarkan di UiTM menerusi pembelajaran secara open & distance learning (ODL) sewaktu permulaan dan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dikumpulkan daripada mahasiswa diploma pelbagai jurusan di UiTM Cawangan Kelantan pada semester 1 sesi 2020/2021 mewakili waktu permulaan PKP dilaksanakan. Manakala data mewakili selepas tempoh PKP diambil daripada mahasiswa diploma UiTM Cawangan Melaka pada semester 1 sesi 2021/2022. Analisis data dilakukan secara deskriptif dan komparatif. Hasil penelitian daripada 647 jumlah responden menunjukkan bahawa mahasiswa mempunyai tanggapan yang positif terhadap penggunaan Quizizz kerana ia memberikan manfaat kepada mereka dalam pembelajaran mata pelajaran agama (CTU) ketika PKP yang memerlukan pembelajaran dijalankan secara ODL di kediaman masing-masing. Mahasiswa menganggap penggunaan Quizizz menjadikan penyampaian kuliah lebih menarik, meningkatkan penguasaan kefahaman, dan menambahkan motivasi dan kesungguhan mahasiswa dalam mempelajari mata pelajaran CTU. Kajian ini menyimpulkan bahawa cabaran pendidikan dalam situasi pandemik Covid-19 memerlukan kepelbagaian kaedah pembelajaran diadaptasi supaya motivasi, momentum  dan kesungguhan mahasiswa dapat dipertingkatkan lantas memberikan kesan positif terhadap peningkatan kefahaman mereka terhadap mata pelajaran yang dipelajari. Perkara ini mampu dicapai menerusi kaedah gamifikasi.

Published
2022-06-02
How to Cite
LOKMAN, Md Azzaat Ahsanie et al. Penggunaan Quizizz Dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Agama (CTU) di UiTM Sewaktu Pandemik Covid-19. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), [S.l.], v. 1, n. 1, june 2022. ISSN 2600-9617. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/18356>. Date accessed: 05 feb. 2023.
Section
Articles