Teori Tadbir Urus Wakaf Pendidikan Di Universiti Awam Berteraskan Maqasid Al Syariah

  • Che Zuina Ismail
  • Hamizah Muhammad
  • Nor Adila Mohd Noor
  • Salimah Yahaya

Abstract

Pelaksanaan wakaf pendidikan sebagai instrumen untuk pembangunan fasiliti dan kemudahan di Universiti Awam (UA) di Malaysia pada masa kini dilihat semakin berkembang. Wakaf pendidikan adalah satu instrumen ke arah kemandirian kewangan dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Justeru itu objektif kajian ini ialah cuba menganalisis teori tadbir urus wakaf pendidikan dan mencadangkan tadbir urus wakaf Pendidikan di Universiti Awam berteraskan Maqasid al Syariah. Bagi memperoleh maklumat, kajian berbentuk kualitatif secara kepustakaan digunakan untuk membentuk kerangka teori. Kajian kepustakaan dilakukan dengan membuat rujukan kepada dokumen-dokumen  seperti buku akademik dan kitab-kitab fiqh, majalah, akhbar, kertas kerja, jurnal, laporan, risalah, surat pekeliling, catatan, maklumat dari laman web serta bahan-bahan atau dokumentasi yang lain. Hasil penelitian dan analisis kepustakaan menunjukkan teori tadbir urus wakaf pendidikan di Universiti Awam berteraskan Maqasid al Syariah adalah garis panduan yang jelas dalam melindungi aset wakaf dari segi kutipan, agihan, pelaburan dan pemasaran wakaf di Universiti Awam agar penyalahgunaan dana wakaf dapat dihindari.

Published
2022-06-02
How to Cite
ISMAIL, Che Zuina et al. Teori Tadbir Urus Wakaf Pendidikan Di Universiti Awam Berteraskan Maqasid Al Syariah. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), [S.l.], n. 1, june 2022. ISSN 2600-9617. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/18354>. Date accessed: 03 oct. 2023.
Section
Articles