Kepentingan Siasah Syar’iyyah Untuk Membentuk Dasar Kesejahteraan Keluarga Dalam Negara Bermasyarakat Majmuk

  • Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad
  • Hadenan Towpek
  • Abdul Razak Abdul Kadir

Abstract

Islam adalah satu agama lengkap yang mengatur kehidupan manusia bagi mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan. Bagi mencapai kesejahteraan itu, pemimpin sesebuah negara perlu mengaplikasikan siasah syar’iyyah dalam pentadbiran mereka. Siasah syar’iyyah merupakan kaedah yang bersifat dinamik dan menepati maqasid syariah bagi mengurus pentadbiran negara. Aplikasi siasah syar’iyyah dalam pentadbiran negara bermasyarakat majmuk adalah bagi memastikan maslahah dalam kehidupan masyarakat majmuk dapat dilaksanakan dan menghindari mafsadah yang akan memudaratkan mereka. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk menganalisis kepentingan siasah syar’iyyah untuk membentuk dasar kesejahteraan keluarga dalam negara bermasyarakat majmuk. Artikel ini mendapati bahawa elemen-elemen seperti mengawal struktur keluarga dan masyarakat, mewujudkan jaminan keselamatan, menegakkan keadilan, menjamin kebebasan, mengiktiraf hak persamaan, menjamin kebajikan sosial, menggalakkan syura dalam pembuatan dasar kesejahteraan dan mengukuhkan perpaduan. Lapan elemen ini adalah sebahagian daripada elemen yang perlu sebagai asas pembentukan dasar kesejahteraan keluarga. Kepentingan siasah syar’iyyah ini telah diterjemahkan oleh kerajaan Malaysia melalui lapan domain yang menjurus ke arah kesejahteraan keluarga. Begitu juga, kerajaan Sarawak telah mencerakinkan kepentingan siasah syar’iyyah ini kepada sepuluh tonggak utama. Walaupun hasil artikel ini sangat ringkas dan tidak menyentuh kesemua elemen kepentingan siasah syar’iyyah untuk membentuk dasar kesejahteraan keluarga dalam negara bermasyarakat majmuk, namun kewujudan lapan elemen ini sudah cukup membuktikan bahawa Islam telah menyediakan mekanisme tadbir urus yang komprehensif bagi mewujudkan kesejahteraan keluarga dalam negara bermasyarakat majmuk.

Published
2022-06-02
How to Cite
AWANG AHMAD, Awang Nib Zuhairi; TOWPEK, Hadenan; ABDUL KADIR, Abdul Razak. Kepentingan Siasah Syar’iyyah Untuk Membentuk Dasar Kesejahteraan Keluarga Dalam Negara Bermasyarakat Majmuk. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), [S.l.], v. 1, n. 1, june 2022. ISSN 2600-9617. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/18353>. Date accessed: 05 feb. 2023.
Section
Articles