Penggunaan Modul Psikospiritual Terhadap Kesejahteraan Spiritual Remaja Delinkuen: Satu Kajian Eksperimental

  • Hamizah Muhammad
  • Nor Shakirah Mohd Sakari
  • Sh Marzety Adibah Al Sayed Mohamad
  • Che Zuina Ismail

Abstract

Tingkah laku delinkuen merupakan satu tingkah laku sosial yang menyimpang dari norma masyarakat. Tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja dikaitkan dengan pengabaian elemen kesejahteraan spiritual dalam diri mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan modul psikospiritual terhadap kesejahteraan spiritual remaja yang terlibat dengan tingkah laku delinkuen. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen kumpulan kawalan ujian pra dan pasca tidak serupa (non-equivalent pre and post-test control group design). Seramai 72 orang remaja delinkuen dari Sekolah Tunas Bakti dan Asrama Akhlak di negeri Terengganu terlibat dalam kajian. Soal selidik Spiritual Well-Being Scale (SWBS) digunakan bagi mengukur kesjahteraan spiritual remaja delinkuen sebelum dan juga selepas Modul Psikospiritual diberikan.  Kajian ini menggunakan ujian-t berpasangan dan ujian –t tidak bersandar bagi mengukur keberkesanan modul. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan sebelum dan selepas Modul Psikospiritual diberikan dan Terdapat perbezaan yang signifikant antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan Modul Psikospiritual berkesan secara signifikan untuk meningkatkan kesejahteraan spiritual remaja delinkuen.

Published
2022-06-02
How to Cite
MUHAMMAD, Hamizah et al. Penggunaan Modul Psikospiritual Terhadap Kesejahteraan Spiritual Remaja Delinkuen: Satu Kajian Eksperimental. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), [S.l.], v. 1, n. 1, june 2022. ISSN 2600-9617. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/18350>. Date accessed: 05 feb. 2023.
Section
Articles