PROSEDUR DAN BIDANGKUASA BAHAGIAN PENYELIDIKAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (JAINJ): ANALISA KAEDAH MENANGANI KES-KES AJARAN SESAT

  • Zanirah Mustafa@Busu Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Kelantan
  • Noraini Junoh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Kelantan

Abstract

Kajian ini menjelaskan tentang prosedur yang digunapakai oleh pihak berkuasa dalam menangani kes-kes ajaran sesat. Pada setiap tahun kes ajaran sesat sentiasa bertambah dan berjaya dikesan oleh pihak berkuasa. Ajaran sesat yang berlawanan dengan pegangan agama yang diiktiraf sering kali menganggu ketenteraman dan keharmonian hidup setempat. Aspek aqidah merupakan teras kepada pegangan agama seseorang. Artikel ini menghuraikan tentang bagaimana prosedur, bidangkuasa dan susunan operasi bahagian penyelidikan Jabatan Agama Negeri yang digunakan dalam menyelesaikan masalah ajaran sesat. Kajian ini sangat mustahak dilakukan bagi memberi pendedahan dan pemahaman menyeluruh kepada masyarakat berkaitan dengan peranan dan bidangkuasa yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam menangani kes-kes ajaran sesat di Malaysia. Pendedahan kajian ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa wujud pihak yang diberi bidangkuasa bagi mengawal pengaruh ajaran sesat dan membendung ajaran agama lain dalam kalangan umat Islam. Metode kajian perpustakaan, temubual, dokumentasi dan penelitian digunakan untuk mengumpulkan data maklumat berkaitan dengan pengurusan dan operasi digunapakai untuk menangani jenayah akidah. Hasil kajian mendapati Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Negeri mempunyai sistem pengurusan dan susunan organisasinya yang teratur mengikut fungsi-fungsi setiap unit di bahagian penyelidikan. Unit Akidah Syariah dan Unit Penapisan Media memainkan peranan penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Setiap prosedurnya memberi impak yang amat mendalam kepada organisasinya dalam mengawal dan mencegah ajaran sesat daripada menular di Johor. Walaupun wujud beberapa kekangan seperti kekurangan pegawai dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai bahaya, namun ia boleh ditambahbaik dengan pengemaskinian tugas dan peranan daripada semasa ke semasa. Kajian ini wajar diketengahkan untuk membantu pihak berkuasa membuat penambaikkan dan memperkemaskan lagi sistem pengurusan dan operasi mereka dalam membanteras kegiatan jenayah akidah.

References

Al-Quran al-Karim.
A. Halim Daud, Zarina Binti Othman & Nor Azizan Idris (2018). Fahaman Syiah Dan Keharmonian Agama Islam Di Malaysia: Perspektif Pendekatan Keselamatan Negara. Journal of Social Sciences and Humanities, 13(3), 001-019.
Abdul Latif Juffri @ Al-Jufri & Jainal Sakiban (2008). Sejarah perkembangan Agama Islam Johor. Johor: Maij Urus Sdn.Bhd.
Adam Ibrahim (2000). Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Johor.
Al-Shahrastani Muhammad bin ‘Abd al-Karim (2006). Agama dan Ideologi. Muhammad Ramzi Omar (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka.
Anon (2008). Ketamadunan Islam di Malaysia. Majalah Info Pengerak Minda Rakyat.
Asmady Idris, Shahril Yusof, Suraya Sintang & Issraq Ramli (2020). Dasar Kerajaan Negeri Sabah Menangani Perkembangan Ajaran Sesat Dalam Islam. International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 01, 49 -67.
Bahagian Hal Ehwal Islam. Jabatan Perdana Menteri. (1994). Kriteria Dalam Ajaran Sesat. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.
Bahagian Penyelidikan (2008). Prosedur Operasi Pengurusan Penapisan Media. Johor: Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Bahagian Penyelidikan (2008). Prosedur Operasi Unit Aqidah Dan Syariah. Johor: Jabatan Agama Johor.
Bahagian Penyelidikan JAKIM (2009). http://www.Islam.gov.my/ppi/profil.html. (28 Mei 2009).
Dewan Undangan Negeri Johor (1997). Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.
Dewan Undangan Negeri Johor (2003). Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor. No. 16 Tahun 2003.
Dewan Undangan Negeri Johor (2003). Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Johor. No. 19 Tahun 2003.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2007). Ajaran sesat: Mengenali Jalan Yang Terpesong. Selangor: PTS Islamika.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2010). Ajaran Sesat Di Malaysia. Jurnal Peradaban, 3, 1-16.
Jabatan Agama Johor (1994). Ciri-ciri ajaran sesat (Penyelewengan kumpulan Al-Arqam dari ajaran Islam). Johor: Bahagian Dakwah JAJ.
Jasni Sulong (2016). Pemeliharaan Akidah Islam: Analisis Daripada Sudut Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Fatwa Di Pulau Pinang. Afkar, 18(Special Issue), 1-34.
Johor (1994). Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978. Warta Kerajaan Negeri Joho 38: 17.
Johor (2008). Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003. Warta Kerajaan Negeri Johor 52: 3.
Mahmood Zuhdi Abd. Majid (2004). Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Muhammad Fathi Yusof (2021). Undang-Undang Jenayah Islam. http://syariah.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/03/Undang-Undang-Jenayah-Islam.pdf. Diakses pada 30 Ogos 2021.
Nasri (2009). Peranan Bahagian Penguatkuasaan dalam Menangani Kes-Kes Ajaran Sesat di Negeri Johor, Johor. Temubual, 14 Mei.
Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (2021). Bahagian Penyelidikan. https://jainj.johor.gov.my/bahagian-unit/bahagian-penyelidikan/. Diakses pada 30 Ogos 2021.
Sabaruddin Isnin (2009). Peranan Bahagian Penyelidikan Dalam Menangani Kes-Kes Ajaran Sesat di Negeri Johor, Johor. Temubual, 18 Februari & 27 April.
Shahrul Bazli (2009). Peranan Bahagian Penyelidikan Dalam Menangani Kes-Kes Ajaran Sesat di Negeri Johor, Johor. Temubual, 20 April.
Siti Zubaidah Ismail (2010). Menangani Ajaran Sesat Di Kalangan Umat Islam: Perspektif Undang-Undang Dan Pentadbiran. Jurnal Syariah, 18(2), 247-276.
Wan Mohd Azam Mohd Amin (2001). Ajaran Sesat. Kuala Lumpur: Penerbit UIAM.
Yosree Ikhsan (2009). Peranan Bahagian Penyelidikan Dalam Menangani Kes-Kes Ajaran Sesat di Negeri Johor, Johor.Temubual, 20 April.
Published
2021-11-26
How to Cite
MUSTAFA@BUSU, Zanirah; JUNOH, Noraini. PROSEDUR DAN BIDANGKUASA BAHAGIAN PENYELIDIKAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (JAINJ): ANALISA KAEDAH MENANGANI KES-KES AJARAN SESAT. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), [S.l.], n. 2, p. 74-93, nov. 2021. ISSN 2600-9617. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/16255>. Date accessed: 14 june 2024.
Section
Articles