WASIAT ISLAM: SATU TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

  • Nor Adila Mohd Noor Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Terengganu
  • Che Zuina Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Terengganu
  • Salimah Yahaya Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Terengganu
  • Hamizah Muhammad Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Terengganu
  • Nor Azlina Mohd Noor Government and International Studies School of Law, UUM College of Law
  • Md Yazid Ahmad Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

Abstract

Wasiat merupakan salah satu instrumen dan mekanisme terbaik kepada pengurusan dan pentadbiran aset Islam yang telah lama dipraktikkan di Malaysia. Aspek perancangan secara sistematik merupakan prasyarat ke arah membentuk masyarakat Islam yang unggul. Ini menunjukkan bahawa Islam menuntut umatnya supaya sentiasa membuat perancangan dalam segenap aspek kehidupan termasuklah menyediakan satu pelan perancangan wasiat yang rapi demi memastikan maslahah al-camah dan maqasid syar’iyyah terus terpelihara dalam kalangan masyarakat Islam termasuklah aspek perancangan dan pentadbiran harta wasiat. Namun, realitinya masih wujud satu kelompangan dalam pentadbiran harta wasiat orang Islam. Berdasarkan kajian literatur, kebanyakan masalah melibatkan aspek pengesahan wasiat dan pentadbiran harta wasiat. Masalah-masalah tersebut boleh diselesaikan sekiranya terdapat satu transformasi undang-undang khususnya melibatkan pentadbiran harta wasiat orang Islam di Malaysia. Justeru itu, makalah ini bertujuan mengkaji tentang transformasi di dalam undang-undang wasiat di Malaysia. Makalah ini juga meneliti hubungkait undang-undang, bidang kuasa dan proses transformasi yang telah berlaku dalam undang-undang sedia ada khususnya dalam pentadbiran harta wasiat. Kajian ini dilakukan dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan membuat temu bual bersama responden yang pakar dalam bidang ini. Penelitian juga dibuat terhadap data primer seperti peruntukan undang-undang dan kes mahkamah serta data sekunder seperti buku akademik, kertas- kertas kerja, jurnal, statut, laporan perundangan dan surat pekeliling. Data kajian ini diolah dan dianalisis berdasarkan pendekatan analisis kandungan yang sesuai dengan skop dan tema kajian. Dapatan daripada kajian ini mendapati bahawa, pembentukan undang-undang bertulis wasiat Islam dapat menyelesaikan beberapa kepincangan yang berlaku dalam hal pengurusan harta wasiat. Namun, hingga kini, hanya enam negeri sahaja yang sudah memiliki undang-undang tertulis dan semuanya mempunyai perbezaan kandungan berdasarkan tahun undang-undang tersebut dikuatkuasa. Walaubagaimanapun, negeri Selangor dilihat sebagai pelopor dan paling proaktif dalam menerapkan undang-undang wasiat Islam berdasarkan enakmen bertulis di negeri ini. Selain itu, berdasarkan perkembangan undang-undang sedia ada juga jelas menunjukkan bahawa perlunya dilakukan pembaharuan undang-undang dengan meminda beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan sistem pentadbiran harta wasiat orang Islam di Malaysia.

References

Abdul Hamid Mohamad. (2016). Pengurusan Harta Orang Islam: Konflik Bidangkuasa Mahkamah Dan Kesannya Ke Atas Ekonomi Ummah dalam Seminar Faraid dan Perancangan Pewarisan: Isu Harta Beku dan Penyelesaiannya di Malaysia. 29 dan 30 Mac 2016. Institut Kemahiran Islam Malaysia.
Ahmad, M.Y., Rozali, E.Z., Adnan, N.I.M., Zakaria. Z., Omar, A.F., Jamsari E.A., Noor, N.A.M. (2020). Inheritance Management By Baitulmal in Malaysia: Role and Challenges. International Journal of Advanced Research (IJAR). Vol.7, Issue 10
Mahamad Arifin et al. (2007). Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia, Jil.12, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahmud Saedon Awang Othman. (1998). Institusi Pentadbiran Undang-undang dan Kehakiman Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Khairy Kamarudin et al. (2016). Amalan Pembahagian Faraid Di Malaysia. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSA) Vol. 2: No. 3 (2016). 11.
Mohd Zaidi Daud et al. (2015). Kepentingan dan Keperluan Perancangan Harta dalam Islam: Penilaian Menurut Perspektif Maqasid Syariah. Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JMFIR) Vol. 12, No. 1, 2015.
Noor, N.A.M. (2018). Harta Wasiat Orang Islam: Satu Ulasan Ringkas Dari Perspektif Isu-isu Perundangan di Malaysia. Proceeding Terengganu Multidisciplinary International Conference 2018. Kuala Terengganu: Kuala Terengganu Science Centre.
Noor, N.A.M., Mahamood, S.M. (2019). Harta Pusaka Berwasiat: Satu Kajian Literatur dalam Pemerkasaan Filantropi Islam di Malaysia. Khalid, M.M., Bhari, A., Rani, M.A.M. (Peny.). (pp. 103-114). Selangor: IKAZ, Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Noor, N.A.M., Mahamood, S.M. (2019). Harta Wasiat Muslim: Satu Kajian Undang-undang Prosedur dan Perlaksanaan di Malaysia dalam Pemerkasaan Filantropi Islam di Malaysia. Khalid, M.M., Bhari, A., Rani, M.A.M. (Peny.). (pp. 114-123). Selangor: IKAZ, Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Noor, N.A.M., Ahmad, M.Y., Ismail, C.Z. (2020). Muslim Will Practice in Malaysia: A Legal Analysis. International Journal Of Research And Analytical Reviews. Vol. 7, Issue 4, 686-691.
Nor Azlina Mohd Noor & Akmal Hidayah Halim (2015). “Executorship In Muslims’ Testate Estates In Malaysia: Law & Procedure” (Prosiding Seminar Hibah Dalam Pengurusan Harta Islam 2015).
Tajul Aris Ahmad Bustami (2005). “Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dalam Kes Perwarisan: Satu Analisis Kritikal Ke Atas kes Jumaaton Lwn Raja Hizaruddin” dalam Tajul Aris Bustami, Mohd Hisham Mohd Kamal dan Farid Sufian Shuaib, Kaedah Perundangan Bidang Kuasa dan Tatacara Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 31-50.
Published
2021-11-23
How to Cite
MOHD NOOR, Nor Adila et al. WASIAT ISLAM: SATU TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), [S.l.], n. 2, p. 44-55, nov. 2021. ISSN 2600-9617. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/16235>. Date accessed: 14 june 2024.
Section
Articles