PANDANGAN MASYARAKAT DAN STATUS PERUNDANGAN TERHADAP ANAK TIDAK SAH TARAF

  • Hamizah Muhammad Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
  • Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif ACIS UiTM Shah Alam
  • Che Zuina Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Terengganu
  • Nor Adila Mohd Noor ACIS UiTM Cawangan Terengganu
  • Salimah Yahaya ACIS UiTM Cawangan Terengganu
  • Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Abstract

Anak tidak sah taraf (ATST) lazimnya dikaitkan dengan kanak-kanak yang dilahirkan di luar perkahwinan yang sah dan biasanya melalui hubungan seks luar nikah ataupun zina. Saban tahun angka statistic bilangan ATST yang direkodkan semakin membarah. Isu ATST antara perkara yang sering dibincangkan di Malaysia sama ada dari sudut fiqah atau undang-undang. Kertas kerja ini meneliti dan menganalisis kajian-kajian lepas berkaitan persepsi sebenar masyarakat terhadap anak tidak sah taraf serta keputusan kes-kes mahkamah berkaitan isu penasaban anak tidak sah taraf ini. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan analisis diskriptif yang melibatkan pengambilan data melalui kaedah kepustakaan. Hasil kajian mendapati responden dalam kajian-kajian lepas tidak berpandangan negatif terhadap anak tidak sah taraf. Akan tetapi, meskipun kajian ilmiah membuktikan masyarakat tidak berpandangan serong kepada anak tidak sah taraf, mereka yang memiliki anak tidak sah taraf tetap diselubungi kegelisahan dan ketakutan. Mereka risau, bimbang dan berasa terganggu dengan status anak tidak sah taraf anak mereka, mengakibatkan mereka mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya dapat menasabkan anak tidak sah taraf mereka dengan diri mereka sendiri. Di sini ianya jelas bahawa bagi menangani masalah anak tidak sah taraf ini ialah ianya perlu dimulakan dengan pemahaman dan penghayatan tentang syariat Islam di samping pembentukan akhlak. Apabila syariat Islam dipatuhi maka gejala anak tidak sah taraf tidak menular dalam masyarakat, dan kekusutan berkaitan isu penasaban anak tidak sah taraf ini tidak akan terus menggegarkan persada negara.

References

Abd Ghani Ahmad & Nuarrual Hilal Md Dahlan. (2017) Mengandung Anak Tak Sah Taraf: Kajian Kes Di Daerah Kubang Pasu, Kedah. UUM Jounal of Legal Studies 8, hlm. 17-55.
Abd Hamid & Tg. Noor Azira Tg. Zainudin. (2019) Menangani Masalah Kelahiran Anak Tak Sah Taraf di Malaysia: Peranan Perundangan Jenayah Syariah dalam Masyarakat. Akademika 89 (Isu Khas 2), hlm 5-16.
Ahmad Syukran Baharuddin, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Lukman Abdul Mutalib, Syahirah Abdul Shukor, Nik Salida Suhaila Nik Saleh dan Zulfaqar Mamat. (2020). Faktor-Faktor Penyumbang Kadar Kelahiran. Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN 2020) FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia.
Al-Zuhaili, Wahbah. (2001). Fiqh dan perundangan Islam. Jilid 7. Terj. Ahmad Shabari Salamon. Jilid 7. Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizah Mat Rashid, Noor Aziah Mohd Awal, Ahmad ‘Azam Mohd Shariff, Nor ‘Adha, Tg. Noor Azira Tg. Zainudin. (2019). Menangani Masalah Kelahiran Anak Tak Sah Taraf Di Malaysia: Peranan Perundangan Jenayah Syariah Dalam Masyarakat. Akademika : Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara, 89 (201)
Engku Muhammad Tajuddin, E. A., & Ahmad Tirmizi, T. (2011). Penasaban Anak Tidak Sah Taraf. Munaqasyah al-Syariah, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Hamizah Muhammad. (2013). Persepsi Masyarakat Islam Terengganu Terhadap Anak Tidak Sah Taraf. Universiti Sultan Zainal Abidin. (Tesis Ijazah Sarjana).
Irwan Mohd Subri, Zulkifli Hassan, & Lukman Abdul Mutalib. (2015). Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Tentang Nasab Anak Tak Sah Taraf: Krisis Perundangan?. Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies, 1 (1).
Jamaluddin, H., & Basri, I. (2011). Hak-hak Anak Tidak Sah Taraf. Seminar Perundangan Islam dalam Masyarakat Kontemporari. Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Lukman Abdul Mutalib & Mohamad Azhan Yahya. (2016). Isu Penasaban Anak Luar Nikah Kepada Bapa Biologi Dari Sudut Pandang Siasah Syar’iyyah di Malaysia. Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016. 22 & 23 November, hlm. 237- 253.
Muhammad Adam Abd. Azid1, Khadher Ahmad1, Mohd Khairulnazrin Mohd Nasir dan Rahim Kamarul Zaman (2020). Hadis al-Walad li al-Firāsh wa li al-‘Āhir al-Ḥajar dan Pengaruhnya terhadap Fatwa Penasaban Anak Tak Sah Taraf di Malaysia. Jurnal Hadis, 10(19): 478-486.
Muhammad Nawwar Nasrullah dan Ahmad Bazli Ahmad Hilmi. (2020). Undang-Undang Kehakiman di Malaysia dan Luar Negara: Analisis Kedudukan Anak Luar Nikah. E-Proceeding: Insan Junior Researcher International Conference (iJURECON) 2020: 268-270.
Najihah Zakaria Muhammad Ali. (2019). Persepsi Masyarakat di Negeri Kedah tentang Status Sosial Anak Zina. Disertasi Sarjana Universitas Islam Negeri Ar Raniry Banda Acheh.
Nor Fazlina Abdul Rahim. (2020). JPN kaji dasar pendaftaran anak tak sah taraf: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/657401/jpn-kaji-dasar-pendaftaran-anak-tak-sah-taraf: akses pada 14 februari 2021
Noraini Aqilah Ismail & Ahmad Munawar Ismail. (2018). Persepsi Masyarakat Muslim Dd Hulu Langat Terhadap Anak Tak Sah Taraf. Malaysian Journal for Islamic Studies, 2 (2).
Reffina Siong & N.K. Tharshini. (2020). Isu Kehamilan Luar Nikah dalam Kalangan Remaja di Malaysia: Satu Tinjauan Sorotan Literatur. Jurnal Psikologi Malaysia 34 (4), hlm. 91-96.
Zakiul Fuady Muhammad Daud dan Raihanah Hj. Azahari. (2020). Analisis Keputusan Dan Metode Penghakiman Terhadap Pemberian Wasiat Wajibah Kepada Anak Tidak Sah Taraf Dalam Kes No. 0257/Pdt. Jurnal Fiqh, 17(1): 1-32.
Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2017). Isu Penamaan “Bin/ Binti” Abdullah Kepada Anak Tak sah Taraf oleh Mahkamah Rayuan: http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms- my/perkhidmatan/bayan-linnas/1714-bayan-linnas-siri-ke-106-isu-penamaan-bin- binti-abdullah-kepada-anak-tidak-sah-taraf-oleh-mahkamah-rayuan: akses pada 11 Ogos 2017.
Published
2021-11-23
How to Cite
MUHAMMAD, Hamizah et al. PANDANGAN MASYARAKAT DAN STATUS PERUNDANGAN TERHADAP ANAK TIDAK SAH TARAF. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), [S.l.], n. 2, p. 1-13, nov. 2021. ISSN 2600-9617. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/16230>. Date accessed: 14 june 2024.
Section
Articles