PENAFSIRAN SHEIKH AHMAD MUSTAFA AL MARĀGHĪ BERKAITAN SIFAT-SIFAT ALLAH DALAM TAFSĪR AL-MARĀGHĪ: SATU ANALISIS

  • Anuar Sopian UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Asyikeen Kamarudin UiTM Cawangan Melaka
  • Fazlinda Hamzah UiTM Cawangan Melaka
  • Mohd Azlan Shah Sharifudin UiTM Cawangan Melaka

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kaedah dan ciri-ciri penulisan Tafsir al-Marāghī dan bagaimanakah pemikiran Sheikh Ahmad Muṣṭafā al-Marāghī dalam mentafsirkan ayat-ayat tentang sifat-sifat Allah dalam kitab tafsirnya itu. Selain itu apakah penyebab yang mendorongnya untuk mentafsirkan ayat-ayat tersebut. Metod pengumpulan data kajian ini dengan menggunakan kajian perpustakaan. Manakala metod analisis data pula menggunakan kaedah deduktif dan analisis dokumen melalui karya Tafsir al-Maraghi itu sendiri. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penafsiran Sheikh Ahmad Mustafa al-Marāghī dalam menganalisis sifat-sifat Allah s.w.t yang ada di dalam al-Quran cenderung dengan pemikiran aliran Muktazilah. Semua sifat-sifat Allah adalah baik dan mengandungi kemaslahatan untuk semua umat manusia. Selain itu, dalam permasalahan yang berkaitan dengan ayat-ayat tajsīm (berjisim) Sheikh Ahmad Mustafa al-Marāghī memberikan penafsiran yang sama dengan penafsiran yang diberikan oleh aliran teologi rasional dengan mentakwilkan kata-kata ‘ain, wajh, yad dan yamīn. Beliau tidak menfsirkannya secara harfiah seperti yang dilakukan oleh aliran teologi tradisional. Seterusnya dalam menafsirkan perkataan istawa ‘ala ‘arsy, Sheikh al-Marāghi dilihat agak keberatan untuk mentakwilkannya lebih jauh tetapi tidak menyamakan istiwa Allah dengan istiwa manusia kerana bimbang terjerumus kepada tasybīh dan tajsīm.

References

Abdullah Muṣṭafā al-Maraghi. (1965). Al-Fatḥ al-Mubīn fī Ṭabaqāt al-Uṣūliyyīn. Beirut, Lubnan.
Abdul Djalal. (1985). Ulum al-Quran. Surabaya, Indonesia. Ahmad Fuad al-Ahwani. (1962). Al-Falsafah al-Islamiyah. Maktabah an-Nahdhah, Mesir.
Ahmad Mustafa al-Marāghi. (1974). Tafsir Al-Maraghi, jilid 1-10. Dar al-Fikr, Beirut.
Aidil al-Nuwaihid. (1988). Mu’jam al-Mufasirin min Sadr al-Islam hatta al-‘Asr al-Hadir. Muassasah al-Nuwaihid al-Saqafiyah, Beirut.
Abu al-Fath Muhammad ibn Abd al-Karim Al-Syahrastani. (1967). Al-Milal wa al-Nihal. Kaherah, Mesir. Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah penyelidikan, Edisi Pertama. Mc Graw Hill Education. Kuala Lumpur:
Muhammad Fuad Abd al-Baqi (1992). Al-Mu’jam al-Mufahras li Alfazh al-Quran al-Karim. Dar al-Ma’rifat, Beirut. Haron Nasution. (1972). Teologi Islam. UI-Press, Jakarta.
Harun Nasution. (1987). Akal dan Wahyu dalam Islam. UI-Press, Jakarta.
Harun Nasution. (1983). Teologi Islam Aliran-aliran Sejarah, Analisa Perbandingan. UI-Press, Jakarta.
Imas Rosyanti. (2018). Penggunaan Hadis dalam Tafsir al-Marāghi. Jurnal Ilmu Hadis. Vol.2 (2018). 137-146.
Muhammad Abduh. (1947). Risalah Al-Tauhid. Dar Al-Manar, Kairo.
Muhammad Ismail Ibrahim. (1977). Al-Quran wa I’kjazuhu al-Alami. Dar al-Fikr, Beirut.
Ratnar Umar. (2018). Jāmi‘Al-Bayān ‘An Ta’wil Āyi Al-Qur’an (Manhaj/Metode Penafsirannya). Jurnal al-Asas, Vol. I No. 2.
Tatang Hidayat. (2018). Analisis Terhadap Terbentuknya Mazhab Feqah, Ilmu Kalam dan Tasauf Serta Implikasinya dalam Membangun Ukhwah Islamiyyah Al-Ishlah: Jurnal Pendidikan Vol. 10, No. 2 (2018). Umar Ridha Kahhalah. (1961). Mu’jam al-Muallifin. Al-Hashimi Press, Damascus. Wolfson, H.A. (1976). The Philosofy of The Kalam, hlm. 206-207; Philosofical Implication of The Problems of Divine Attributes in The Kalam” dlm JAOS LXX1X hlm 73-80.
Zarkāsyī, Muḥammad Badr al-Dīn al-. al-Burhān fī Ulūm al-Qur‘ān, Mesir: ‘Īsā al-Bābi al-Halabī, t.th.
Published
2021-05-04
How to Cite
SOPIAN, Anuar et al. PENAFSIRAN SHEIKH AHMAD MUSTAFA AL MARĀGHĪ BERKAITAN SIFAT-SIFAT ALLAH DALAM TAFSĪR AL-MARĀGHĪ: SATU ANALISIS. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), [S.l.], v. 1, p. 55-71, may 2021. ISSN 2600-9617. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/13246>. Date accessed: 27 nov. 2021.
Section
Articles