ANALISIS KURIKULUM HALAL DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KSSM

  • Nursafra Mohd Zhaffar ACIS UiTM Cawangan Negeri Sembilan
  • Wan Ali Akbar Wan Abdullah

Abstract

Konsep halalan toyyiba amat dititikberatkan dalam kehidupan umat Islam. Terdapat pelbagai kurikulum, program atau modul dibangunkan khusus untuk memberikan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan halal. Kajian ini bertujuan meneliti kurikulum halal yang diajar kepada murid-murid dengan menampilkan analisis dokumen kurikulum Pendidikan Islam terkini dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Dapatan kajian menemui kurikulum halal diajarkan dalam subjek Pendidikan Islam KSSM bersifat menyeluruh. Terdapat dua kategori kurikulum halal dalam subjek Pendidikan Islam KSSM. Kategori pertama iaitu tajuk secara eksplisit memzahirkan fokus kepada kurikulum halal, dan kategori kedua iaitu tajuk-tajuk yang disentuh secara implisit berkenaan halal dan haram merangkumi bidang; a) Akidah, b) Ibadah, c) Nikah, d) Muamalat, e) Jenayah, dan f) Akhlak. Kajian ini memberi implikasi kepada penggubal kurikulum untuk merangka dan menyesuaikan kesinambungan kurikulum halal yang diterima oleh para murid selepas pengajian di peringkat sekolah menengah. Di samping itu, dapatan kajian ini dapat memberikan panduan atau kerangka kepada para guru Pendidikan Islam supaya dapat menyusun keseluruhan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam dengan mengaitkan semua topik PdP kepada konsep umum halal dan haram.

References

Abdullah Basmeih. (2011). Tafsir Pimpinan ar-Rahman. Kuala Lumpur: Darul Fikr.
An-Nawawi, A. Z. M. (1972). al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Beirut: Daru Ihya’ at-Turath al-Islami.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam Tingkatan 1. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam Tingkatan 2. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam Tingkatan 3. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2016). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harding, J. (2013). Qualitative Data Analysis: From Start to Finish. London: Sage Publications Ltd.
Ibn Hajar al-Asqalani, A. bin A. (1960). Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari. Beirut: Darul Makrifah.
Merriam.S.B. 2009. Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation. San Francisco: Jossey-Bass.
Mohammad Aizat Jamaludin, Mohd Anuar Ramli, Mariam Abdul Latif, Dzulkifly Mat, & Suhaimi Ab Rahman. (2012). Pendidikan Kepenggunaan Halal Di Malaysia. Dalam Konferensi Antarabangsa Islam Borneo V. Diambil daripada https://www.researchgate.net/publication/255992124_Pendidikan_Kepenggunaan_Halal_Di_Malaysia
Muslim, I. al-H. A. H. (n.d.). Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya’ at-Turath al-‘Arabiy.
Noraizan, M & Syuhaida Idha, A. R. (2019). Pendidikan kesedaran halal melalui kurikulum pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah-sekolah di Malaysia. GJAT (Special Issue): 133-144.
Rijaluddin Yahya, Mohd Tajuddin Jamaluddin, Nor Haslina Adam, & Rabiatun Adawiah Che Ramly. (2019). Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rijaluddin Yahya, Norafidah Abdullah, & Wan Ali Akbar Wan Abdullah. (2016). Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rijaluddin Yahya, Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Norafidah Abdullah, & Kyairaniah Abu Hasan. (2018). Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman, Muhammed Yusof & Luqman Abdullah. (2008). Konsep Halalan Toyyiba dalam pemakanan dan implikasinya terhadap kesempurnaan ibadah. Jurnal Usuluddin (28):79-92.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Johar Seman, & Salina Busrowi. (2017). Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wizaratul Auqaf wa asy-Syu’un al-Islamiyyah. (n.d.). al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah. Kuwait: Wizaratul Auqaf wasy Syu’un al-Islamiyyah.
Published
2021-05-04
How to Cite
MOHD ZHAFFAR, Nursafra; WAN ABDULLAH, Wan Ali Akbar. ANALISIS KURIKULUM HALAL DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KSSM. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), [S.l.], v. 1, p. 30-41, may 2021. ISSN 2600-9617. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/13240>. Date accessed: 27 nov. 2021.
Section
Articles