PERLAKSANAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENERUSI FAN-Q BOARD GAME: KAJIAN RINTIS DI SK SURA, TERENGGANU

  • Nik Fazlin Hiryati Nik Jaafar UiTM Cawangan Terengganu
  • Azarudin Awang ACIS UiTM Cawangan Terengganu
  • Norlaila Ibrahim UiTM Cawangan Terengganu
  • Nur Raihana Mohd Sallem UiTM Cawangan Terengganu
  • Wan Ahmad Khusairi Wan Chek UiTM Cawangan Terengganu

Abstract

Realitinya, pengajaran dan pembelajaran (PnP) kontemporari mendambakan inovasi dan kreativiti dalam sistem pendidikannya. Kaedah PnP secara bermain banyak dilaksanakan dengan reka bentuk permainan yang pelbagai bertujuan untuk meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran dalam kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pendekatan belajar dengan kaedah bermain iaitu menerusi Fan-Q Board Game dalam pembelajaran pendidikan Islam. Selanjutnya, kajian ini ingin mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual ke atas lapan (8) orang murid dan dua (2) orang guru. Selain itu, kaedah observasi juga turut dilakukan sepanjang aktiviti dijalankan. Hasil dapatan menunjukkan pelaksanaan PnP bagi mata pelajaran pendidikan Islam melalui aktiviti “Fan-Q Board Game” dapat membantu murid-murid dalam mengingati fakta sejarah Islam, kisah binatang berdasarkan ayat al-Quran, asas ajaran agama dan sebutan zikir dengan lebih cepat. Selain itu, pelaksanaan aktiviti “Fan-Q Board Game” juga mampu memupuk sikap positif seperti bekerjasama, bersabar dan jujur dalam kalangan kanak-kanak. Kajian juga mendapati antara aspek yang perlu diberi perhatian bagi menambah keseronokan semasa beraktiviti ialah berkenaan dengan tahap kesukaran soalan, tempoh masa yang tidak terlalu panjang dan denda dalam bentuk tertentu seperti berundur dari kotak terkini sebagai hukuman. Biarpun begitu, reka bentuk pembelajaran berasaskan permainan “Fan-Q Board Game” ini mempunyai prospektif dan potensi tinggi untuk diaplikasikan dalam konteks pendidikan Islam pada semua peringkat umur.

References

Abdul Halim Mohamad, Harun Baharudin, Ahmad Farhan Jusoh, Mohd Zulkifli Muda. (2017). Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Melalui Kaedah Nasyid. Dalam The International Seminar On Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (Islac 4-5 Mac 2017).
Ahmad Sunawari Long. 2009. Pengenalan Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: UKM.
Akmariah Mamat dan Sofiah Ismail. (2013). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Pemulihan Jawi Di Malaysia. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010. 321-329.
Azarudin Bin Awang, Norlaila Binti Ibrahim, Nik Fazlin Hiryati Binti Nik Jaafar, Nur Raihana Binti Mohd Sallem, Wan Ahmad Khusairi Bin Wan Chek. (2018). Active Learning in Islamic Education Among Children. Journal of Fundamental and Applied Sciences 10, no. 4S : 725-733.
Creswell, J., (2005). Educational Research - Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative (2nd Ed). University of Nebraska - Lincoln: Pearson Education International. 34.
Furdu, I., Tomozei, C. & Kose, U. (2017). Pros and Cons Gamification and Gaming in Classroom. BRAIN. Broad Research in Artificial Intelligence and Neuroscience, 8(2): 56-62. Retrieved from https: //www.edusoft/brain/index/article/view.
Kamarul Azmi Jasmi, Ab Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). Penerapan Matlamat Pendidikan Islam oleh Guru Cemerlang Pendidikan Islam: Satu Kajian Kes di beberapa buah Sekolah Menengah di Malaysia. Sains Humanika, 55(1). Retrieved from http://www.sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/ view/236/234
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah. (Bahagian Pembangunan Kurikulum, Ed.). Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 2. (Bahagian Pembangunan Kurikulum, Ed.). Kuala Lumpur.
Khaleel, F. L., Sahari @ Ashaari, N., Tengku Wook, T. S. M. & Ismail, A. (2016). Gamification Elements for Learning Applications. International Journal on Advanced Science, Engineering and Information Technology, 6 (6): 868-874. doi:10.18517/ijaseit.6.6.1379
Maimun Aqsha Abdin Lubis, Sabariah Sulaiman dan Mohd Sham Kamis. (2013). Peranan guru Pendidikan Islam dalam inovasi pengajaran: Cabaran pasca-moden. Seminar “Pemerkasaan Pengajaran Agama Islam di Malaysia: Menilai Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam”. Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur. 24-25 September.
Mohd Maliki Ali, Maimun Aqsha Lubis dan Mohd Aderi Che Noh. (2018). Keberkesanan Pengajaran Kurikulum Akidah Dalam Pendidikan Islam Berasaskan Kemahiran Berfikir. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 2(1) January 2018, 15-34.
Mohd Majid Konting. (2009). Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mohd Suhaimi bin Md Yasin, Miswan Surip, Mohd Hatta Md Hani, Ida Aryanie Bahrudin, Mariam Abdul Hamid, Muhamad Hanif Jofri, Abdul Halim Omar, Mohd Faizal Mohamed Nor, Rosfuzah Roslan, Nordiana Kassim, Hannes Masandig, Juliana Mohamed, Lokman Abd Samad. (2019). Multimedia Grafik Interaktif Meningkatkan Daya Kefahaman Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-Kanak Pra Sekolah: Fun Learning with Technology. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 1, No. 1, 35-44.
Mokhtar Ismail. (2011). Kaedah Penyelidikan Kuantitatif Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mostowfi, S., Mamaghani, N. K. & Khorramar, M. (2016). Designing Playful Learning by Using Educational Board Game for Children in The Age Range of 7- 12: (A case study: Recycling and waste separation education board game). International Journal of Environmental and Science Education, 11 (12): 5453–5476.
Noor Hidayah Ismail & Fadzilah Abd. Rahman. (2013). Perkembangan Literasi Melalui Teknik Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Di Tadika Khalifah Didik, Ampang. Dalam Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013) 157-165.
Nur Hanis Binti Mohd Hatta. (2012). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Bermain Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012. 34-44.
Nursafra Mohd Zhaffar, Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah, Mohd Isa Hamzah, Khadijah Abdul Razak dan Maimun Aqsha Lubis. Strategi Penyoalan Guru Pendidikan Islam Dalam PengajaranBerfikir Kritis. Asean Comparative Education Research Journal On Islam and Civilization (ACER-J). eISSN2600-769X 2, no. 1 (2018): 72-87.
Siti Rohani binti Jasnii, Suhaila binti Zailaniii & Hakim bin Zainal. (2018). Pendekatan Gamifikasi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Pengurusan & Penyelidikan Fatwa. Special Edition. 358-367.
Syarifah Nor Puteh dan Aliza Ali. (2016). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa dan Literasi bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1 (2) 1-16.
Zakiah Binti Mohamad Ashari. (2017). Aplikasi Modul Belajar Melalui Bermain Dalam Kefahaman Awal Matematik Dan Motivasi Kanak-Kanak Prasekolah (Tesis PhD Fakulti Pendidikan UTM)
Published
2021-05-04
How to Cite
NIK JAAFAR, Nik Fazlin Hiryati et al. PERLAKSANAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENERUSI FAN-Q BOARD GAME: KAJIAN RINTIS DI SK SURA, TERENGGANU. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), [S.l.], v. 1, p. 14-29, may 2021. ISSN 2600-9617. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/13238>. Date accessed: 28 jan. 2022.
Section
Articles