FAKTOR POLIGAMI TANPA KEBENARAN: ANALISIS KES DI MAHKAMAH SYARIAH MUAR, JOHOR
Abstract
Kes poligami tanpa kebenaran merupakan antara kes yang sering dilaporkan di mahkamah syariah. Prosedur yang diperkenalkan pihak mahkamah, secara asasnya berperanan memelihara hak dan tanggungjawab setiap pasangan yang berpoligami selaras dengan matlamat syarak. Namun begitu, masih wujud segelintir pihak yang mengambil jalan pintas untuk berpoligami dengan membelakangkan peruntukan undang-undang sedia ada, sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri. Kajian bertujuan mengenalpasti faktor kes poligami tanpa kebenaran yang dilaporkan di Mahkamah Tinggi Syariah Muar, Johor serta implikasi pelanggaran peruntukan tersebut. Kajian dijalankan secara kualitatif menerusi analisis terhadap dokumen penghakiman serta temubual yang dijalankan dengan pihak-pihak yang terlibat dengan prosedur poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Muar, Johor. Prosedur poligami meskipun tidak menjadi salah satu rukun sah perkahwinan menurut Islam, namun ia merupakan asas penting dalam memastikan matlamat perkahwinan tercapai dan terpelihara. Prosedur permohonan dan kelulusan poligami yang ketat dilihat menjadi punca segelintir pihak sengaja mencari jalan mudah untuk berpoligami meskipun tanpa kebenaran daripada pihak mahkamah. Penguatkuasaan yang tegas dan hukuman yang sewajarnya perlu diterapkan bagi mendidik setiap pasangan kepentingan mematuhi prosedur dan peraturan yang ditetapkan, sekaligus memelihara hak dan tanggungjawab setiap pasangan selepas perkahwinan tersebut.
References
Amir Husin Md Nor. (2016). "Faktor Penyebab Perkahwinan Tanpa Kebenaran Di Luar Negara: Satu Kajian Di Mahkamah Rendah Syariah Muar". Jurnal Syariah, Vol. 14 No. 2: 23-39.
Berita Harian. (2019). Dihalang Keluarga, Isteri Pertama Alasan Nikah di Thailand,https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/537020/dihalang-keluarga-isteri-pertama-alasan-utama-nikah-di-thailand, dicapai pada 12 April 2020.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003.
Farrah Wahida Mustafar. (2018). "Konsep Poligami Mengikut Perspektif Para Isteri Dalam Jemaah Global Ikhwan Sdn.Bhd". Jurnal Mawizah, Vol. 1: 65-88.
Khairul Azhar Meerangani. (2018). “Isu Penerapan Nilai Islam Dalam Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia.” Journal of Contemporary Islamic Studies Vol. 4 No. 2: 80-98.
Mohd Fazrin Hamdan. (2015). "Pelaksanaan Undang-undang Islam di Mahkamah Syariah Johor Bahru, Johor". Journal of Human Development and Communication, Vol. 4: 111–124.
Mohd Zahiruddin Fahmi Ahmad Zakhi. (2015). "Perkahwinan Tidak Mengikut Prosedur: Kajian Di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur". Disertasi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Nabila Yusof. (2013). "Status Anak Dalam Perkahwinan Sindiket Menurut Perspektif Syarak & Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984)". Prosiding, The International Conference of Social Research, (ICSSR 2013), Penang, Malaysia, 4-5 June 2013.
Noor Aziah Mohd Awal. (2008). Kawin Lari Dan Poligami: Respon Wanita Dan Implikasi Undang-Undang. Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Noor Salwani Hussin. (2015). "Perkahwinan Tanpa Kebenaran: Kajian Terhadap Kes-Kes Di Mahkamah Syariah Negeri Perlis Dari Tahun 2006 Hingga 2010". Disertasi, Universiti Utara Malaysia.
Noraini Mohd Hashim. (2007). Prosedur Dan Pendaftaran Dalam Undang-Undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Bahasa dan Pustaka.
Nur Hafiz. (2019). Risalah Poligami 2017 Jabatan Bantuan Guaman Malaysia.
Raihanah Abdullah. (2014). Poligami: Penjelasan Berdasarkan Perspektif Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Temu Bual
Tuan Azmi Bin Mahmood. (2019). Peguam Syarie Negeri Selangor. Temu Bual 16 September 2019.
Siti Fadhilah Binti Ahmad. (2019). Pegawai Sulh, Mahkamah Tinggi Syariah Muar Johor. Temu Bual 17 Februari 2019.