Announcements

Peringatan Undangan Menulis untuk Jurnal Bahasa

2018-12-04

Selamat sejahtera, sedikit peringatan kepada anda mengenai tarikh tutup penyerahan manuskrip untuk Jurnal Bahasa yang akan diterbitkan bagi edisi Jun 2019 dan edisi Disember 2019. Anda boleh baca melalui pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Pautan: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jurnalbahasa/announcement/view/87

Kami berharap anda dapat menghantar hasil kerja anda sebelum tarikh penyerahan manuskirp tamat. Kami menantikan untuk bekerjasama dengan anda pada masa akan datang.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi editor kami melalui e-mel:  zaiton6@dbp.gov.my

Terima kasih.

Read more about Peringatan Undangan Menulis untuk Jurnal Bahasa

Jurnal Bahasa merupakan jurnal berwasit yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan pertama bermula pada bulan Mac 2001.

Tujuan jurnal ini adalah untuk mengembangkan bidang linguistik dalam bahasa Melayu. Jurnal ini menjadi wadah kepada ahli linguistik membentangkan pandangan dan penemuan mereka dalam bidang linguistik. Pelbagai aspek bidang bahasa seperti peristilahan, perkamusan, tatabahasa, dialektologi, etimologi, ejaan, pangkalan data kebangsaan dan kosa kata dibincangkan dalam jurnal ini. Sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan dan sumber rujukan ahli linguistik, guru bahasa, siswa dan para ilmuwan.

Jurnal Bahasa diindekskan dalam MyJurnal, MyCite dan Islamic World Science Citation Center (ISC)

Layari http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress untuk maklumat lanjut