Pengakhiran Dunia Menurut Kefahaman Barat: Kajian Berdasarkan Filem Terminator Salvation

The End of the World according to Western Notion: A Study based on Terminator Salvation Movie

  • Ahmad Bazli Ahmad Hilmi
  • Mohd Hamidi Ismail
  • Musa Mohamad
  • Zulkarnin Zakaria

Abstract

Lambakan filem daripada Barat di Malaysia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana pembikinan filem-filem tersebut bukanlah sekadar cerita, namun sarat dengan elemen falsafah dan budaya daripada Barat, tidak terkecuali juga elemen agama. Perkara ini secara tidak langsung memberikan pengaruh yang cukup besar terhadap pemikiran dan pegangan umat Islam terutama kepada golongan yang belum memiliki akidah yang mantap terutama kanak-kanak. Kajian ini bertujuan mengkaji konsep pengakhiran dunia menurut kefahaman Barat dalam filem bertajuk “Terminator Salvation”. Kajian yang menggunakan pendekatan kajian perpustakaan ini menyoroti dan menyelami kandungan yang terdapat dalam filem ini dan menghubungkaitkan dengan konsep pengakhiran dunia menurut kefahaman agama yang dianuti di Barat. Hasil kajian mendapati babak-babak dalam filem ini mempunyai kaitan yang signifikan dengan pengakhiran dunia menurut ajaran yang pelbagai, saling bercampur aduk seperti Kristian, Yahudi dan lain-lain; tanda-tanda kedatangan kiamat, konsep salvation, kedatangan Mesiah, dan tarikh perkiraan berlakunya kiamat. Kajian ini berperanan penting dalam membongkar agenda tersembunyi khususnya dalam usaha menyebarkan ideologi-ideologi Barat ke dunia Islam.

Published
2018-11-26
How to Cite
AHMAD HILMI, Ahmad Bazli et al. Pengakhiran Dunia Menurut Kefahaman Barat: Kajian Berdasarkan Filem Terminator Salvation. SAINS INSANI, [S.l.], v. 3, n. 3, p. 45-51, nov. 2018. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/4569>. Date accessed: 17 jan. 2019.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.