Pengetahuan Terhadap Bahasa Kebangsaan Sebagai Teras Pembinaan Peradaban Malaysia Dalam Kalangan Mahasiswa di Lembah Klang

  • Adlina Ab Halim Universiti Putra Malaysia
  • Siti Nor Azhani Mohd Tohar Universiti Sains Islam Malaysia
  • Ku Hasnita Ku Samsu Universiti Putra Malaysia

Abstract

Makalah ini bertujuan membincangkan tahap pengetahuan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (awam dan swasta) dari aspek i) sejarah, ii) dasar dan iii) kedudukan bahasa Melayu di dunia. Sehubungan itu, satu kajian telah dijalankan di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Multimedia dan Unisel, Selangor.Seramai 460 orang responden diperoleh melalui kaedah pensampelan mudah. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan majoriti mahasiswa IPT mempunyai pengetahuan yang  tinggi terhadap semua dimensi, iaitu sejarah, dasar dan kedudukan bahasa Melayu di dunia. Namun, terdapat beberapa item dalam dimensi dasar dan kedudukan bahasa Melayu yang menunjukkan pengetahuan yang rendah. Justeru, pengetahuan mengenai dasar bahasa kebangsaan dan kedudukan bahasa Melayu di dunia perlu dipertingkatkan melalui media massa atau dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar mahasiswa dapat lebih menghayati Perkara 152 Perlembagaan Malaysia mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi teras kepada perpaduan seterusnya tamadun Malaysia.

Published
2018-11-26
How to Cite
AB HALIM, Adlina; MOHD TOHAR, Siti Nor Azhani; KU SAMSU, Ku Hasnita. Pengetahuan Terhadap Bahasa Kebangsaan Sebagai Teras Pembinaan Peradaban Malaysia Dalam Kalangan Mahasiswa di Lembah Klang. SAINS INSANI, [S.l.], v. 3, n. 3, p. 38-44, nov. 2018. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/3992>. Date accessed: 17 jan. 2019.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.