Impak Niat Terhadap Pekerja di Institusi Islam dari Perspektif Tasawur Islam

  • Mohamad Zulfakhairi Mokthar
  • Mohd Syahmir Alias Bahagian Falsafah dan Tamadun, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
  • Musmuliadi Kamaruding Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Pekan, Pahang.
  • Abang Mohd Razif Abang Muis Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Isu-isu pecah amanah dan rasuah dalam kalangan ahli institusi Islam menunjukkan terdapatnya kelemahan dalam memahami tanggungjawabnya sebagai pekerja. Hal ini disebabkan oleh penekanan niat dalam bekerja yang tidak diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pengurus institusi.  Oleh yang demikian, kertas kerja ini mengandungi dua objektif. Pertama, mengenal pasti konsep niat bekerja dari perspektif tasawur Islam. Kedua, menganalisis impak niat terhadap pekerja institusi Islam secara teoretis. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian dokumen dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kertas kerja ini mendapati bahawa konsep niat dalam bekerja berteraskan Islam berpaksikan kepada acuan Islam iaitu akidah tauhid dan prinsip ihsan dan ikhlas dengan meletakkan setiap perbuatan hanya kerana Allah SWT. Impak niat yang benar dalam Islam dapat memastikan bahawa matlamat bekerja dalam Islam hanyalah untuk mendapat keredaan Allah SWT. Kesimpulannya, niat yang sebenar dalam Islam perlu dihayati oleh setiap pekerja untuk membuang sifat-sifat mazmumah yang menjadi asas kepada salah laku pekerja.


Kata kunci: Niat, Pekerja, Institusi Islam, Tasawur,

Published
2018-05-31
How to Cite
MOKTHAR, Mohamad Zulfakhairi et al. Impak Niat Terhadap Pekerja di Institusi Islam dari Perspektif Tasawur Islam. SAINS INSANI, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 92-97, may 2018. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/3729>. Date accessed: 19 oct. 2018.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.