Daya Saing Tulisan Jawi dan Potensi Kod Jawi Dalam Menghadapi Era Globalisasi

  • Nurul Syala Abdul Latip

Abstract

Bahasa Melayu dengan tulisan jawi adalah lingua franca di kepulauan Melayu sejak abad ke 14. Pada abad ke 16 ia dianggap setanding dengan bahasa Peranchis dan Latin di Eropah sebagai bahasa perhubungan antarabangsa. Keampuhan tulisan jawi ini mula digugat dengan kedatangan penjajah yang menggantikan tulisan yang menjadi jati diri bangsa ini kepada tulisan rumi. Tulisan jawi mula dipinggirkan sejak Akta Bahasa 1963 menggantikan skrip rasmi bahasa melayu kepada tulisan rumi. Walaupun demikian sehingga sekarang masih ada sebahagian pihak terus memperjuangkan tulisan jawi. Kajian mengunakan metodologi kualitatif dengan teknik analisis dokumen ini, menganalisa usaha-usaha perjuangan tulisan jawi dan potensi kod jawi. Kajian mendapati bahawa usaha murni untuk memartabat jawi akan menjadi relevan jika ia melibatkan sistem pendidikan itu sendiri. Malah kod jawi mempunyai potensi besar untuk mengembalikan minat, daya saing di dalam perkembangan teknologi dan ilmu malah berpotensi memperkasakan semula tulisan jawi dalam menghadapi cabaran era globalisasi.

Published
2018-06-01
How to Cite
ABDUL LATIP, Nurul Syala. Daya Saing Tulisan Jawi dan Potensi Kod Jawi Dalam Menghadapi Era Globalisasi. SAINS INSANI, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 38-45, june 2018. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/3703>. Date accessed: 19 oct. 2018.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.