Pendekatan Terapi Waswas Menurut Perspektif Sarjana Islam Di Era Ketamadunan Islam Abad Ke 8 Sehingga 19 Masihi

  • Mohd Zahir Abdul Rahman Universiti Sains Islam Malaysia
  • Robiatul Adawiyah Mohd@Amat
  • Zul Azlin Raqzali
  • Mohd Zohdi Mohd Amin
  • Shah Rizul Izyan Zulkiply
  • Ahmad Murshidi Mustapa

Abstract

Waswas atau kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) merupakan antara sepuluh beban penyakit utama di seluruh dunia yang diklasifikasikan oleh World Health Organization (WHO) (Murray, 1996). Sehubungan dengan itu, kupasan terhadap isu waswas ini dari aspek rawatan dan penyelidikan banyak dirujuk kepada psikiatri moden dan klinikal psikologi. Walaubagaimanapun pendekatan rawatan waswas menurut sarjana Islam di era ketamadunan Islam kurang diketengahkan kepada masyarakat. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengumpul dan mengenal pasti fokus rawatan waswas oleh sarjana Islam pada abad ke 8 sehingga abad 19 Masihi di bawah pemerintahan khilafah Islam berteraskan empat domain hidup iaitu biologi, psikologi, sosial dan spiritual. Manakala dari aspek metode, kajian mengaplikasi sepenuhnya kajian kualitatif berasaskan dokumentasi. Hasil kajian mendapati bahawa, terdapat sebanyak 10 terapi berasaskan biologi, 6 pendekatan psikologi, 3 pendekatan bersifat sosial dan 2 amalan beserta 8 doa sebagai pendekatan rawatan secara spiritual. Penemuan ini amat berharga kepada masyarakat Islam kerana keperluan dalam keseimbangan empat elemen ini penting bagi mengatasi masalah waswas dan tidak hanya tertumpu kepada pendekatan rawatan bersifat spiritual.

Published
2018-11-26
How to Cite
ABDUL RAHMAN, Mohd Zahir et al. Pendekatan Terapi Waswas Menurut Perspektif Sarjana Islam Di Era Ketamadunan Islam Abad Ke 8 Sehingga 19 Masihi. SAINS INSANI, [S.l.], v. 3, n. 3, p. 15-20, nov. 2018. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/3599>. Date accessed: 17 jan. 2019.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.