Penilaian Hadith Maudhu’ Dalam Kitab al-Yawaqit wa al-Jawahir fi 'Uqubah Ahli al-Kabair , karangan Muhammad Ali Bin Abdul Rasyid Bin Abdullah al-Jawi al-Qadhi al-Sambawi

Assessment of False Hadith in Kitab al-Yawaqit wa al-Jawahir fi' Uqubah Ahli al-Kabair by Muhammad Ali Bin Abdul Rasyid Bin Abdullah al-Jawi al-Qadhi al-Sambawi

  • Mohd Fauzi Mohd Amin
  • Amiruddin Mohd. Sobali
  • Nurul Asiah Fasehah Muhammad

Abstract

Penulis cuba membincangkan dan memperkenalkan sebuah kitab jawi iaitu Kitab al-Yawaqit wa al-Jawahir fi 'Uqubah Ahli al-Kabair, yang dikarang oleh Muhammad Ali Bin Abdul Rasyid Bin Abdullah al-Jawi al-Qadhi al-Sambawi ditulis sekitar kurun ke 19 Masihi. Kitab ini dianggap penting dan telah digunakan secara meluas sebagai bahan pembelajaran samada di masjid-masjid dan di sekolah-sekolah pondak. Kandungannya terdapat banyak hadith-hadith yang berbentuk galakan melakukan kebaikan dan amaran daripada kejahatan. Ia mengandungi 12 bab dimulakan dengan bab ancaman sesiapa yang meninggalkan sembahyang dan diakhiri dengan bab sifat syurga dan ahlinya. Berdasarkan kajian didapati kitab ini mempunyai kebaikan dan kekurangannya, hadith-hadith di dalamnya terdapat berbagai status ada sahih, hasan, dhaif dan maudu'. Penulis membataskan kajian terhadap hadith yang berstatus maudu’ di dalamnya, jumlah keseluruhan hadith dalam kitab ini adalah 87 hadith dan hasil kajian mendapati sejumlah hadith maudu’telah ditemui iaitu sebanyak 32 hadith maudhu’. Kajian ini berbentuk kajian  perpustakaan.

Published
2018-11-30
How to Cite
MOHD AMIN, Mohd Fauzi; MOHD. SOBALI, Amiruddin; MUHAMMAD, Nurul Asiah Fasehah. Penilaian Hadith Maudhu’ Dalam Kitab al-Yawaqit wa al-Jawahir fi 'Uqubah Ahli al-Kabair , karangan Muhammad Ali Bin Abdul Rasyid Bin Abdullah al-Jawi al-Qadhi al-Sambawi. SAINS INSANI, [S.l.], v. 3, n. 3, p. 52-59, nov. 2018. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/3245>. Date accessed: 17 jan. 2019.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.