Pendekatan Teori Pilihan Rasional: Analisis Terhadap Budaya Politik Melayu Terengganu

  • Ilyas Abdullah universiti kebangsaan malaysia

Abstract

Abstrak: Dalam konteks politik dan pilihan raya di Terengganu, sambutan masyarakat Melayu Terengganu terhadap parti politik bukan dominan selain UMNO dan PAS adalah kurang menggalakkan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan keputusan pilihan raya di Terengganu dari tahun 1959 sehingga tahun 2013. Meskipun parti-parti lain seperti Parti Negara, Parti Melayu Semangat 46 (S46) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut terlibat dan memenangi beberapa kerusi dalam pilihan raya di Terengganu, namun sokongan yang diberikan ke atas parti tersebut tidak konsisten sepertimana sokongan yang diberikan kepada parti UMNO dan PAS. Faktor ini banyak didorong oleh tahap pembangunan negeri Terengganu yang perlahan menjadikan pendekatan kempen yang bersifat simple logic dan pendekatan for immediate consumption lebih mudah diterima dan praktikal dalam menarik sokongan rakyat. Budaya tersebut telah memainkan peranan penting dalam menjamin kemenangan UMNO di Terengganu dari tahun 1961 sehingga 1995 dengan begitu selesa. Walaupun begitu, budaya politik Melayu telah berubah rentetan daripada pergolakan politik yang berlaku pada tahun 1998. Pergolakan tersebut telah membawa kepada kebangkitan kesedaran sivil. Gerakan Reformasi dibentuk bertujuan untuk menyedarkan rakyat untuk menuntut kebebasan demokrasi yang lebih baik, pembaharuan ekonomi dan juga perubahan social. Perubahan budaya politik di Malaysia pasca PRU ke-10 juga boleh dikaitkan dengan teori pilihan rasional. Masyarakat Melayu menjadi lebih rasional khususnya dalam konteks pemilihan pemimpin. Pembangunan ekonomi tidak lagi menjadi faktor tunggal dalam memberikan kepatuhan kepada pemerintah. Masyarakat Melayu turut mengenakan syarat-syarat tertentu yang perlu dinilai dan ditafsirkan semula sebelum memberikan ketaatsetiaan dan sokongan kepada pemerintah. Ketaatsetiaan tidak lagi diberikan secara semberono bahkan telah berubah daripada nilai materialis yang mementingkan kemewahan dan kemajuan kebendaan kepada kecenderungan baru dengan memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang tidak bersifat materialis seperti urustadbir yang baik, ketelusan pentadbiran, pembangunan yang adil dan seimbang serta tuntutan-tuntutan siviliti lain yang bersifat sejagat. 


 


Kata kunci: Teori Pilihan Rasional, Budaya Politik Melayu.


 


Abstract: In the context of politics and elections in Terengganu, Malay community response against the non-dominant political party other than UMNO and PAS are less encouraging. This can be seen based on election results in Terengganu from 1959 until the year 2013. Although other parties such as the National Party, the Parti Melayu Semangat 46 (S46) and Parti Keadilan Rakyat (PKR) to participate and won several seats in elections in Terengganu, but support on the party is inconsistent as well as the support provided to the party UMNO and PAS. This factor driven by the level of development of the State of Terengganu which slowly makes the approach of the campaign of a simple logic and approach for immediate consumption are more easily accepted and practical in attracting the support of the people. The culture has played an important role in guaranteeing victory UMNO in Terengganu from the year 1961 until 1995 with so comfortable. Even so, the Malay political culture has changed the string of political unrest that occurred in 1998. The unrest has led to the rise of civil awareness. Reform movement aimed at alerting citizens formed to demand the freedom of better democracy, economic reforms and social changes also. Change of political culture in Malaysia post PRU to-10 can also be associated with rational choice theory. Malay society becomes more rational in particular in the context of the selection of leaders. Economic development will no longer be the sole factor in providing adherence to the ruler. Malays also impose certain conditions that must be evaluated and interpreted again before you give loyalty and support to the ruling. Malay community in Terengganu today no longer simply give their loyalty to the government but has changed from the value-conscious material prosperity and progress of the material to a new tendency by giving priority to matters that are not of a material such as good governance, administrative transparency, a fair and balanced development as well as other civil claims of a universal.


 


Keywords: Rational Choice Theory, Malay Political Culture.


              

Published
2018-05-28
How to Cite
ABDULLAH, Ilyas. Pendekatan Teori Pilihan Rasional: Analisis Terhadap Budaya Politik Melayu Terengganu. SAINS INSANI, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 81-91, may 2018. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/3217>. Date accessed: 21 oct. 2018.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.