Penyelidikan Berteraskan Nilai dalam Pandangan Ahli Sains Muslim Silam

  • Mohd Syahmir Alias Universiti Sains Malaysia

Abstract

Melalui pengenalan konsep penyelidikan bebas nilai pada abad ke-19 oleh sarjana Barat sama ada dalam bidang sains tabii mahupun sains sosial, para penyelidik secara umumnya hanya menumpukan kepada kebenaran fakta tanpa mengambil kira isu-isu nilai yang timbul hasil daripada penyelidikan mereka. Berdasarkan pernyataan ini, suatu konsep penyelidikan berteraskan nilai dilihat penting diwujudkan dengan melihat pandangan-pandangan sarjana sebelum kebangkitan aktiviti penyelidikan di Barat. Oleh itu, makalah ini secara umum bertujuan mengenal pasti nilai-nilai yang seharusnya wujud dalam penyelidikan. Secara khusus, makalah ini menganalisis pandangan ahli-ahli sains Muslim silam untuk merumuskan suatu konsep penyelidikan berteraskan nilai. Bagi melaksanakannya, makalah ini mengambil kira pandangan ahli-ahli sains Muslim silam seperti Ibn Rushd dan Ibn al-Haytham melalui kajian dokumen yang dilakukan dengan pemerolehan data daripada karya-karya mereka. Ia kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, makalah ini mendapati nilai-nilai yang wujud dalam penyelidikan ahli-ahli sains Muslim silam seperti nilai ketauhidan, keadilan, kejujuran, dan keikhlasan tidak langsung menjejaskan aktiviti penyelidikan mereka kepada penyelidikan yang menyimpang daripada fakta yang saintifik. Malah, nilai-nilai ini memberi impak untuk mereka lebih komited menggapai kebenaran.

Published
2018-06-01
How to Cite
ALIAS, Mohd Syahmir. Penyelidikan Berteraskan Nilai dalam Pandangan Ahli Sains Muslim Silam. SAINS INSANI, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 75-80, june 2018. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/3199>. Date accessed: 21 oct. 2018.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.