Pemantapan Pelajar Aliran Syariah di Institusi Pengajian Tinggi Melalui Pengajian Kitab Turath Jawi: Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Pengajian Talaqqi di Universiti Sains Islam Malaysia

  • Syed Salim Syed Shamsuddin Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Artikel ini meninjau peranan pengajian kitab turath Jawi sebagai satu bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu Islam yang penting terutama kepada pengajian ilmu fikah di Malaysia. Tradisi pengajian yang menggunakan teks turath Jawi telah lama dipraktikkan di Alam Melayu. Namun begitu, sistem pengajian moden tempatan dilihat kurang memberi penekanan kepada pengambilan teks turath Jawi sebagai teks utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, artikel ini cuba melihat kesan dan kepentingan pengajian teks turath Jawi untuk memahami ilmu-ilmu Islam, khususnya ilmu fikah. Di samping itu, perbincangan artikel ini turut melihat pelaksanaan pengajian talaqqi kitab turath Jawi di beberapa fakulti di Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk tujuan ini, kaedah kualitatif deskriptif digunapakai di samping soal selidik dan temubual berstruktur separa. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengajian talaqqi kitab turath Jawi merupakan satu kaedah yang sangat penting dalam dunia pendidikan terutama kepada para pelajar aliran syariah. Kitab turath Jawi dianggap sebagai sumber utama dalam pengajian ilmu-ilmu Islam di rantau ini. Kefahaman terhadap teks turath Jawi ini dapat memantapkan para pelajar dengan ilmu-ilmu asas yang kukuh sebelum mula mempelajari ilmu-ilmu moden. Dengan itu, mereka dapat mempertahankan diri daripada pelbagai pengaruh luar yang boleh menjejaskan kefahaman mereka terhadap Islam. Tuntasnya, tradisi pengajian kitab-kitab turath Jawi perlu diketengahkan semula dalam masyarakat Melayu di Malaysia khususnya masyarakat kampus di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Published
2018-06-01
How to Cite
SYED SHAMSUDDIN, Syed Salim. Pemantapan Pelajar Aliran Syariah di Institusi Pengajian Tinggi Melalui Pengajian Kitab Turath Jawi: Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Pengajian Talaqqi di Universiti Sains Islam Malaysia. SAINS INSANI, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 27-37, june 2018. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/2809>. Date accessed: 19 oct. 2018.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.