Pengaplikasian Model Awal Kit Asas Membaca Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas

  • Nurul Haniza Samsudin Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
  • Puteri Roslina Abdul Wahid Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
  • Salinah Ja'afar Jabatan Bahasa dan Lingusitik Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Abstract

ABSTRAK: Makalah ini membicarakan tentang pengaplikasian model awal Kit Asas Membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu kanak-kanak pemulihan khas. Model awal yang dibina adalah berkaitan dengan pengecaman huruf dan pengetahuan grafik. Pembinaan model awal Kit Asas Membaca ini melibatkan empat tahap, iaitu penentuan, pembangunan, penggunaan, dan penyesuaian yang diaplikasikan melalui kajian rintis selama sebulan. Kajian ini juga  menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data.  Subjek yang dipilih merupakan lima orang pelajar darjah tiga yang mengikuti kelas pemulihan khas di Johor Bahru, Johor. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan dan bukan lisan. Dua jenis ujian dijalankan, iaitu sebelum dan selepas penggunaan model awal Kit Asas Membaca didedahkan kepada mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan pencapaian sebanyak 3.17 % selepas pengajaran dan pembelajaran (P&P) menggunakan model awal Kit Asas Membaca apabila ketiga-tiga hasil pembelajaran (HP) dijumlahkan. Dapatan HP 1 menunjukkan wujudnya peningkatan sebanyak 1.54%, manakala HP 3 pula sebanyak 7.5% sebelum dan selepas P&P menggunakan model awal Kit Asas Membaca. Walau bagaimanapun, tiada peningkatan peratusan pencapaian bagi HP 2 sebelum dan selepas P&P menggunakan model awal Kit Asas Membaca. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapatnya keberkesanan pengaplikasian model awal Kit Asas Membaca sebelum dan selepas P&P membaca kepada kanak-kanak pemulihan khas.


 

Published
2018-06-01
How to Cite
SAMSUDIN, Nurul Haniza; ABDUL WAHID, Puteri Roslina; JA'AFAR, Salinah. Pengaplikasian Model Awal Kit Asas Membaca Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas. SAINS INSANI, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 01-09, june 2018. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/2388>. Date accessed: 21 oct. 2018.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.