Elemen Merentasi Sempadan Masa Dalam “Ghiyath al-Umam” Karya Imam al-Haramayn al-Juwayniyy

  • Mohammad Zaini Yahaya
  • Muhammad Adib Samsudin
  • Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

Abstract

Dalam pengajian sejarah mazhab kita biasa didedahkan bahawa fiqh merentasi sempadan masa yang dikenali sebagai “al-fiqh al-taqdiri” merupakan ciri istimewa dalam pembentukan mazhab Hanafi. Hakikatnya dengan berlalunya zaman ia turut menjadi ciri yang dikongsi bersama oleh mazhab-mazhab lain termasuk mazhab Syafie. Untuk melihat kebenaran teori ini penulis memilih kitab “Ghiyath al-Umam” karangan Imam al-Haramayn al-Juwayniyy (419H-478H). Imam al-Haramayn merupakan antara tokoh terawal yang tersohor dalam bidang fiqh syafie dan usul al-fiqh di samping bidang ilmu kalam. Karya-karya beliau dalam bidang fiqh mazhab Syafie dan usul al-fiqh aliran mutakallimin menjadi sumber utama dalam disiplin masing-masing. Pandangan-pandangan beliau sangat berautoriti dan dinukilkan oleh para ulama muhaqqiqun seperti Imam al-Nawawiyy dalam fiqh Syafie dan Fakhr al-Din al-Raziyy dalam bidang usul al-fiqh. Justeru beliau ialah tokoh yang sangat bersesuaian untuk tujuan kajian ini. Kitab Ghiyath al-Umam dijadikan fokus kajian memandangkan kitab ini sarat dengan elemen merentasi masa berbanding kitab-kitab beliau yang lain. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan reka bentuknya adalah analisis dokumen. Kajian terhadap kitab Ghiyath al-Umam dapat menunjukkan betapa jauhnya imiginasi Imam al-Haramayn yang tidak tergambar oleh sebahagian besar manusia ketika itu. Namun sebahagiannya sudah pun berlaku pada masa ini dan sebahagiannya mungkin akan berlaku pada masa akan datang.

Published
2018-04-16
How to Cite
YAHAYA, Mohammad Zaini; SAMSUDIN, Muhammad Adib; MOHD KASHIM, Mohd Izhar Ariff. Elemen Merentasi Sempadan Masa Dalam “Ghiyath al-Umam” Karya Imam al-Haramayn al-Juwayniyy. SAINS INSANI, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 52-60, apr. 2018. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/2381>. Date accessed: 21 oct. 2018.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.