Penentuan Had Kifayah Zakat Berdasarkan Maqasid Syariah

  • Azman Ab Rahman Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Zulhilmi Mohamed Nor Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Had kifayah zakat merupakan mekanisme menentukan tahap ekonomi seseorang individu untuk menjalani kehidupan secara normal. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Institusi Zakat Negeri bertangungjawab dalam menentukan had kifayah zakat yang diaplikasikan di negeri masing-masing. Kaedah sedia ada yang digunapakai oleh kebanyakan MAIN dan institusi zakat adalah mengikut taksiran cukai pendapatan dan purata garis kemiskinan. Justeru artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan pendekatan  maqasid syariah sebagai alternatif baharu dalam penetapan had kifayah zakat. Artikel ini akan mengenalpasti definisi had kifayah zakat dan maqasid syariah menurut Islam. Artikel ini juga akan menilai item-item yang terdapat dalam had kifayah zakat berdasarkan pandangan Islam seterusnya disesuaikan dengan maqasid syariah. Artikel ini mendapati bahawa pendekatan maqasid syariah berdasarkan kepada tahap keperluan manusia iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat dilihat mampu menjadi kaedah alternatif yang berkesan dan memenuhi kehendak Syarak. Implikasi artikel ini dapat dijadikan rujukan kepada institusi-institusi zakat di Malaysia dalam kajian semula kaedah penetapan had kifayah zakat. Kajian lanjutan boleh dijalankan oleh institusi-institusi zakat negeri bagi mengenalpasti had kifayah zakat di setiap negeri berdasarkan kepada maqasid syariah.

Published
2017-06-01
How to Cite
AB RAHMAN, Azman; TENGKU ZAINAL ABIDIN, Tengku Mansur; MOHAMED NOR, Zulhilmi. Penentuan Had Kifayah Zakat Berdasarkan Maqasid Syariah. SAINS INSANI, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 48-53, june 2017. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/2188>. Date accessed: 20 sep. 2018.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.