Faktor-faktor Kejayaan Qari Negeri Terengganu dalam Kesenian Lagu Al-Quran

  • Najmiah Omar Pusat Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Sultan Zainal Abidin,
  • Fatimah Zaharah Ismail Pusat Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Sultan Zainal Abidin,
  • Tasnim Abdul Rahman Pusat Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Sultan Zainal Abidin,
  • Nik NorAzeah Nik Azman Pusat Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Sultan Zainal Abidin,

Abstract

Kesenian lagu al-Quran atau ilmu tarannum merupakan salah satu warisan peradaban manusia yang mempunyai nilai yang tinggi. Kertas kerja ini mengkaji faktor-faktor kejayaan qari di negeri Terengganu antara tahun 1960 hingga 2013. Data dikumpulkan melalui kaedah temubual semi-struktur terhadap 11 orang qari dan dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian mendapati tujuh faktor yang membawa kejayaan qari seperti pendedahan dari peringkat awal, mempunyai motivasi, bakat, suara dan minat untuk mempelajari tarannum, belajar dari guru yang pakar, mempunyai strategi belajar yang berkesan, mempelajari rentak tarannum daripada qari Mesir dan penguasaan suara serta penjagaan  aspek ikhtilal al-lahn, burdah dan wuslah. Aspek dalaman qari dan aspek luaran iaitu persekitaran memainkan peranan penting dalam memberi kejayaan kepada qari-qari dari negeri Terengganu. Implikasi kajian ini boleh diterapkan sebagai faktor pendorong kepada generasi baru untuk turut melakar kejayaan dalam ilmu tarannum al-Quran.

Published
2017-06-01
How to Cite
OMAR, Najmiah et al. Faktor-faktor Kejayaan Qari Negeri Terengganu dalam Kesenian Lagu Al-Quran. SAINS INSANI, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 35-41, june 2017. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/2151>. Date accessed: 27 apr. 2018.