Pandangan Khalijah Salleh Terhadap Sains Tauhidik ke Arah Membangunkan Tamadun Melayu

  • Nur Asyikin Hamdan UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
  • Abdul Latif Samian
  • Nazri Muslim

Abstract

Isu sains tauhidik masih baru dibahaskan dalam masyarakat kita. Oleh itu, kertas kerja ini adalah mengenai pemikiran seorang sarjana Islam melayu tentang sains tauhidik ke arah pembangunan tamadun melayu. Pengkaji melihat dari sudut pemikiran seorang pemikir melayu wanita sebagai kajian dan perbincangan yang mempunyai nilai tambah kepada perkembangan ilmu. Beliau ialah seorang saintis fizik iaitu Prof Dr Khalijah Mohd Salleh. Khalijah Salleh dipilih sebagai tokoh kajian kerana beliau seorang saintis yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan suatu gagasan yang amat bernilai yang berfungsi dalam mencipta penjelmaan, pembetulan dan pembentukan fakta-fakta ilmu yang tidak terkeluar dari landasan agama Islam yang mentauhidkan Allah, melalui apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Hadis. Beliau merupakan salah seorang yang terlibat dalam pembentukan gagasan sains tauhidik. Dalam Tamadun Islam, ilmu tauhid menjadi asas utama dalam pemikiran sains. Tugas utama para penggerak ke arah pembangunan sains tauhidik adalah mencipta program penyelidikan dalam acuan Islam yang berpaksikan ilmu ketuhanan. Ilmu adalah bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu dengan Islam. Sumbangan tokoh ilmuwan Muslim terhadap pembentukan sains tauhidik merupakan suatu cerminan keprihatinan mereka yang amat bermakna dalam mencorakkan aspek pembangunan insan, pendidikan dan pemikiran umat Islam. Di samping menjadi benteng yang cukup kukuh untuk menghalang segala bentuk penyelewengan terhadap Islam ke arah membangunkan tamadun melayu.

Published
2017-06-01
How to Cite
HAMDAN, Nur Asyikin; SAMIAN, Abdul Latif; MUSLIM, Nazri. Pandangan Khalijah Salleh Terhadap Sains Tauhidik ke Arah Membangunkan Tamadun Melayu. SAINS INSANI, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 54-60, june 2017. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/2018>. Date accessed: 20 feb. 2018.