Impak Kerjasama Politik Umno-Pas Terhadap Perkembangan Islam Di Malaysia Dari Tahun 1973 Hingga 1978

  • Mohammad Tawfik Yaakub UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
  • Osman Md Rasip

Abstract

Makalah ini membincangkan mengenai impak kerjasama politik UMNO-PAS terhadap perkembangan Islam di Malaysia dari tahun 1973 hingga 1978. Kerjasama politik yang berjaya dibentuk bermula pada tahun 1973 adalah hasil daripada kesediaan Tun Abdul Razak dengan Mohd Asri Muda yang menerajui UMNO dan PAS pada ketika itu mencetuskan perubahan corak berpolitik yang berbeza berbanding sebelumnya. Maka, kedua-dua pemimpin ini kemudiannya merintis pembentukan sebuah kerajaan yang menggabungkan UMNO dengan PAS menerusi Kerajaan Campuran pada tahun 1973 dan Kerajaan Gabungan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974.  Hasil daripada kejayaan penubuhan kedua-dua kerajaan ini, perkembangan Islam di negara ini bertambah pesat dan dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan orang Melayu di Malaysia. Justeru, artikel ini membincangkan secara terperinci impak kerjasama politik antara UMNO dengan PAS dalam tempoh kerjasama politik berkenaan.  Penyelidikan ini menggunapakai kaedah temubual dan menyorot sejumlah sumber sekunder yang kemudiannya dianalisis secara deskriptif sejarah (historical descriptive analysis) yang lazimnya dipraktikkan dalam kajian sejarah.  Hasil kajian ini mendapati terdapat impak-impak jelas terhadap perkembangan Islam di negara ini sepanjang tempoh kerjasama politik antara UMNO dengan PAS dari tahun 1973 hingga 1978.  Antara impak-impak tersebut ialah permulaan siaran televisyen dan radio dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, mengumandangkan suara azan, penghapusan arak dalam majlis-majlis kerajaan, penghapusan promosi dan keputusan judi di media kerajaan, penubuhan institusi Islam, pemerkasaan pendidikan Islam dan penukaran simbol institisu kerajaan.  Akhirnya, artikel ini dapat dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik berikutnya untuk menilai impak kerjasama politik antara UMNO dengan PAS.

Published
2017-06-01
How to Cite
YAAKUB, Mohammad Tawfik; MD RASIP, Osman. Impak Kerjasama Politik Umno-Pas Terhadap Perkembangan Islam Di Malaysia Dari Tahun 1973 Hingga 1978. SAINS INSANI, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 12-16, june 2017. ISSN 0127-7871. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/view/1999>. Date accessed: 16 nov. 2018.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.